Dan siapa perlu ingat tarikh ini?
Kenapa aku sahaja?
Kerana ianya tarikh aku menceburi dunia siber secara aktif. Hiasi ruang kecil yang diberi nama 'Dandelinoid' yang dibina atas kesilapan mengeja.
Dari tiada inspirasi, aku cuba mencari. Cerita seorang kawan, cerita tentang persekitaran, cerita apa yang aku imiginasikan, dan aku mahukan dalam kehidupan.
Permulaannya...semua kerana kawan.
Terasa macam 'popular' bila ada blog. Tapi itu bukan matlamat aku sebenarnya. Aku ada blog kerana aku mahu kritik, menyampaikan isi hati, buah fikiran kepala ke dalam bentuk yang aku mahukan. Aku terbaca blog seseorang yang baru menceburi 'blogging', sibuk dengan 'coding' yang cantik, yang menarik minat siapa untuk membaca.
Aku pesan kepada sesiapa yang mahu aku di'buku-petanda'kan. Terus mengkarang entri-entri di sekelilingmu. Cerita apa yang kamu mahu. Tak kisah kalau menyakitkan manusia disekelilingmu.
Dah ramai manusia di sekitar aku mempunyai blog tersendiri. En. Tayam @ Bos dah ada. En. Nizam pun sibuk dengan apa tema yang mahu dipakainya. Jebat Derhaka yang seketika dulunya mahu berhenti tapi muncul dengan idea baru. Tanniah.
Sebelum aku tamatkan entri kali ini, aku mahu sebut nama Abe sekali lagi. Dia terasa terharu apabila namanya muncul pada entri yang sangat panjang (entri bertajuk "Oh, Jumaat").
Mungkin setiap kali aku mengepos entri baru harus aku sebut nama "Abe, Abe, Abe," berulang kali? Macam kedengaran 'gay' buatnya. Jangan marah, pesananku kalau dia membaca.
Abe, terima kasih membaca entri itu walaupun panjang sangat.
1 ulasan:
terasa siot apa yg ko komen tu,takpe aku jadikan sbg perangsang utk terus maju,yeah p/s:bukan abe je sanggup baca smpai abis,aku pun sama tau,haha..
Catat Ulasan