Selasa, September 30, 2008

Sahur...(versi penuh kesuraman)

Biarlah apa orang kata, aku manusia yang jiwang atau suka bercintan-cintun, katanya. Orang macam aku perlu sendirian untuk bermain dengan jiwa. Aku orang sebegitu? Mungkin betul, mungkin tidak. Kalau ianya betul, kenapa aku dengan pantas menjawab "Tak ada" apabila orang bertanyakan tentang soal jodoh?

Tak siapa percaya bukan, lebih-lebih lagi kalau membaca blog tulisan putih dan berlatarkan penuh kehitaman ini.

Tapi itu bukan isu yang aku mahu mainkan pada sahur terakhir ini. Aku mahu katakan, kenapa Ramadhan terlalu cepat berlalu. Terlalu cepat sangat, cepat sangat masa berligat. Sampai aku rasa lemas dengan masa yang singkat. Umat akhir zaman akan merasai sebegini, apatah lagi dikatakan kiamat akan tiba pada umat akhir zaman.

Kalau sibuk menghitung hari raya, lagi beberapa jam sahaja dah boleh menutup Ramadhan dan Syawal menjelma. Syaitan-syaitan akan melata kembali, dan nafsu diri sudah berteman semula.

Aku bangun 2 jam sebelum bersahur, aku cuba menikmati keadaan sebegini, sahur yang penuh kedinginan, kesuraman. Sudah 30 September, lengkap sudah bulan Ramadhan.

Lihat post-it yang aku tampal pada meja, "Artikel CETUSAN 2008".

Apa tajuk yang sesuai dan digemari ramai? Entah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...