Selasa, September 02, 2008

Perbualan Anak Dan Bapa (Baju Raya!)

Baru tadi aku telefon abah aku, siap 'direct call' dari telefon bimbit (maksudnya agak mahal). Ini disebabkan kad telefon international lupa nak beli Jumaat lalu. Aku rasa agak kelakar mengenai baju raya aku tahun ini.

Aku: Assalamualaikum...
Abah: Waalaikumsalam. Ha, tadi kenapa tak angkat telefon?
Aku: Letak bawah bantal, tak dengar.
Abah: Tak ada apa-apa. Mak telefon tadi...
Aku: Owh, ye ke...
Abah: Ini dah buka ke belum?
Aku: Dah, dah. Baru tadi.
Abah: Cepatnya. Sini belum lagi. Baju raya dah beli belum?
Aku: Baju raya? Tak lagi. Baju lama pakai la kot.
Abah: Pakailah jeans nanti, senang...
Aku: #$%^*%@$^@&

Macam mana abah aku tahu aku nak pakai jeans sahaja tahun ini? Aneh sekali. Mungkin sebab bapa borek, anak rintik. Citarasa sama. Kuah tak tumpah kalau tak ke nasi.

Satira Soap Opera
3 drama yang aku minat keluar dalam masa sehari. Beruntung aku duduk di negara yang internet berkelajuan super duper mower laju. Lepas buka, aku cari lubuk-lubuk torrent dan dalam masa 30 minit, beraturlah drama-drama yang aku mahu tonton.

Aku rasa malang sekali dengan Chuck Bass tak dapat Blair, padan muka. Aku minat watak Chuck Bass. Gaya bercakap yang stylo tapi kena 'buang' (dumped) dengan Blair.

Chuck: Please don't leave with him.
Blair: Why? Give me a reason and "I'm Chuck Bass" doesn't count.
Chuck: Because you don't want too.
Blair: Not good enough...
Chuck: Cause i don't want you...
Blair: That's not enough.
Chuck: What else is there?
Blair: The true reason, i should stay right where i am. And not get in the car. Three words. Eight letters. Say it and I'm yours.
Chuck: I....I....
Blair: Thank you...that's all i needed to hear.

Blair berlalu pergi...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...