Isnin, September 01, 2008

Banyak Benda BERLAKU!

Tak tahu aku ingin mula dari mana, banyak situasi berlaku dalam kehidupan aku baru-baru ini. Semuanya disebabkan aku keluar dari rumah, mencari inspirasi. Aku cuba catatkan dalam point-point mudah dibaca:

Hari Kebangsaan Ke-51
Baru-baru ini aku mengikuti senior aku, Sham pergi majlis yang agak standard nilainya dimana dihadiri wakil-wakil negara lain (dari kedutaan lain yang berada di Korea). Ini kali pertama aku menjejaki rumah seperti istana yang terlalu besar hingga sukar dikatakan oleh mindaku. Disini aku cuma menjadi pembakar roti canai (biasanya penebar, tapi pembakar lebih tepat dalam situasi disini) dan bersembang-sembang dengan manusia-manusia di sekitarnya. Menu-menu terlalu lazat dihidangkan tapi apa pilihan pertama makanan aku disini? Sambal belacan. Siap 2 pusingan nasi bercicahkan sambal belacan. Ini kali pertama aku makan selepas terubat rindu dengan sambal belacan Ayie (presiden batch 67). Waa...

Buku dan buku lagi...
Aku sudah gemari novel pula setelah berbulan-bulan aku membaca buku bercorak ilmiah psikologi hubungan sesama manusia. Aku sudah habis membaca A Thousand Splendid Suns, ini mendorong aku menunggu karya seterusnya dari penulis yang sama. Indah, mudah dah mendalam isinya. Baru-baru ini aku baru membeli buku 'P.S I Love You' sebagai koleksi aku. Bukan apa, murah dan ianya masih dalam keadaan tidak lusuh. Kedai yang aku pergi ini banyak buku terpakai, memang berbaloi dengan duit aku keluarkan.

Tak Update?
Ramai tertanya-tanya, tak kemaskini blog ke? Ada, cuma aku malas nak promosikan. Biasa aku letak link di Yahoo Messenger aku, tapi sejak kebelakangan ini macam dah malas nak promosikan. Pandai-pandailah siapa yang ingat nama Dandelinoid. Lagipun aku sibuk dengan gadget terbaru aku, tengah sibuk 'explore' sana-sini. Apa gadget aku? Ho, tunggu selepas aku puas bermain-main dengan'nya'. Jeng-jeng...

Namdaemun Lagi...
Entah berapa kali aku menjejakkan kaki ke Namdaemun Market. Semua semata-mata kerana brooch. Aku belikan untuk adik aku yang nak ambil UPSR. Aku bagi sebagai hadiah, mak aku kata bagi supaya naikkan semangat dia. Sebab adik aku ini dia memang rajin tapi ada sikap gelabah bila nak jawab peperiksaan. Aku belikan juga sebab baru-baru ini aku baru bagi adik aku satu lagi PSP, dia punyalah cemburu aku tak belikan sesuatu untuk dia. Sebenarnya aku nak hadiahkan Nintendo DS (aku nak rasa pakai Nintendo juga), tapi dia dah geram sangat kat aku, rasanya. Brooch, brooch, brooch... aku rasa mesti ada manusia baca blog ini teringat brooch yang aku bagi pada dia. "Heee..."

Ramadan Al Mubarak
Aku suka bulan Ramadan, sebab aku rasa begitu selesa. Rasa seronok. Jadual aku penuh. Malam terawih, tak ada masa makan, maka aku penuhkan dengan aktiviti lain. Aku sebelum ini menghabiskan masa di atas treadmill sejauh lebih 6 KM seminggu. Mungkin aku kurangkan sikit. 3 KM ok rasanya. Bila puasa, rindu macam-macamlah, bazaar Ramadhan, KFC, itu, ini. Dugaan puasa...

dan semua ini berlaku dengan sekejap sahaja. Aku tak boleh tidur sebelum pukul 12, mind-setting aku lari sikit. Aku update blog, aku bermain SMS, aku guling-guling dengan gadget terbaru aku, sambil berangan nak jadi macam dalam cerita Jumper. Pergi France, China, Mexico dan pelbagai negara lagi.

Tolonglah aku! Aku mahu rasa nikmat sahur! (nasi goreng tengah dipanaskan didapur)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...