Rabu, Julai 23, 2008

Aku Ada Disini!

Banyak ura-ura mengatakan aku berada di Malaysia, siapa yang khabarkan begitu?
Mereka ingat aku berada di Malaysia. Apa yang menyebabkan mereka berfikir begitu?

Tapi, sebenarnya aku ada disini...!

Hari ini hujan rintik-rintik lagi. Tak kisahlah hujan atau tidak. Kerja Yang Maha Esa, kita tak mampu nak nafikannya.

Keruk, keruk, keruk...aku garu kepala yang tak gatal.
Kenapanya? Aku tiada ilham untuk menyampaikan benda dalam hati aku, tapi sebenarnya ada. Cuma aku berfikir aku sayangkan blog hitam aku kan. Tak nak pula aku cacatkan dengan cerita politik negara sendiri. Biasalah, negara aku negara demokratik.

"Wak LU!", suara sinis. Dialog dari drama Impak Maksima. Aku tengok sikit. Menyampah pula. Bukan apa, ada Fasha Sandha. Entah kenapa aku kurang gemar gadis sebegitu. Memang dia lawa, ada rupa. Cuma lihat ada perasaan kurang menggemari. Mungkin itu bukan 'taste' aku. Tiap-tiap minggu aku tonton drama Aku Sindarela, menarik!.

Antara drama Melayu yang banyak 'twist' segar, bukan terlalu biasa dipertontonkan. Drama ini juga mempersoalkan adakah kita perlu setia pada cinta yang satu, tapi cinta yang didalangi talam dua muka. Dan...masihkan perlu setia, walaupun ada yang lebih menyanyangi kita telah memberi tawaran untuk memberi peluang meneroki hati?

Aku kurang berpengalaman, walaupun sekadar teorinya aku tahu...

Ingat, "in relationship, its nothing impossible"...LOL...

Sudah berapa kali aku menaip tanpa arah tujuan atau rujukan suatu peristiwa dalam diari kehidupanku. Isi cerita yang meleret-leret, seperti hidupku sekarang tiada perkara yang memotivasikan diri untuk mencapai impian hidup. Takkan nak biarkan aku bersandar merenung langit sambil memikir keadaan 10 tahun akan datang?

Cuma, yang aku tahu, aku masih disini...bernafas sambil memandang langit.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hey..nape xsuke fasha fandha.??die cantik laa...canntikkk!!!!
way about zoela in aku sindarella..??die ok kann..???
hahahaha...

Tanpa Nama berkata...

hey..nape xsuke fasha fandha.??die cantik laa...canntikkk!!!!
way about zoela in aku sindarella..??die ok kann..???
hahahaha...

Tanpa Nama berkata...

knapa perlu setia sdgkan ade yg mmberi tawaran..??urmm act mmg betul ungkapan tuh,but certain org sgt susah nak lupakan yg lama utk bnde yg baru..dats y we call it kesetiaan.kesetian yg mgkin memakan diri suatu hari kelak.really phatetic rite..?neway,njoy ur holiday bro.

p/s:aku ske fasha sandha.hehe

Tanpa Nama berkata...

well..i dont think so..loyalty..??kesetian..??wats dat..??dh dpt bnde baru, why dont we just leave the old one..sory for being sarcastic..but its true man..dunia dh brubah..zmn dh maju..so, kesetiaan tu hnye la utk y satu dan kekal je..yang Maha Esa..

Tanpa Nama berkata...

hoh...siap 4 komen...bagus2...

mmm, ntah... mmg x suka fasha sandha...dah x suka nak wat mcm mana

hati kata,"x suka, x suka..."

maka x suka fasha sandha...

best r kamu punya pendapat psl kesetiaan...i agree, but somebody still not....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...