Ahad, Jun 29, 2008

Lensa Memisahkan Manusia...

Tembok Berlin memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur, tapi ianya sudah diruntuhkan! Korea Selatan dan Korea Utara pula hanya dipisahkan hanya lantai konkrit yang seekor kucing mampu melepasinya, tapi itu disebabkan fahaman politik dari US dan Komunis suatu ketika dulu akibat Perang Dingin. Mereka menjadi simbol mangsa fahaman politik kuasa negara besar...dan tertulis, termaktub dalam karangan buku sejarah.

Bukan 'apa itu komunis?' yang aku mahu ketengahkan, hanya sekadar picisan idea tentang dunia manusia yang baru kulihat apabila aku menggengamnya; lensa. Apabila kita berada dihadapannya, selepas bunyi klik diperdengarkan pelbagai istilah akan terbit, tidak kisahlah ianya dari kamus Oxford, Dewan Bahasa yang entah jilid keberapa tapi membawa pengertian yang sama. Model, objek atau apa-apa lagi membawa pengertian yang skopnya semua situasi apabila berada di depan lensa...

Kalau dibelakangnya?

Sama juga. Paparazzi mungkin gelaran yang dikenali masa kini. Mereka merakam detik kematian puteri Diana, mereka merakam aksi Zidane menanduk Materazi, mereka merakam Sir Alex Ferguson merangkul Piala Eropah kali kedua dalam episod sejarah hidupnya, mereka merakam 2 pasangan dijinjang pelamin tapi ketahuilah ada satu fakta yang mereka perlu ketahui. Tiada siapa akan merakam gaya mereka mereka merakam peristiwa lain. Kalau ianya ada, mungkin apabila diminta...

Mereka melihat dunia dengan gaya mereka sendiri. Mereka mlihat manusia dengan fikiran tersendiri. Memori masa singkat manusia tak mampu memperlihatkan apa yang mereka lihat dalam masa sedetik. Tapi berbeza kalau mereka ada sesuatu ditangan mereka...sebuah lensa.

Aku ingin turuti langkah mereka yang bersedia tidak berada dimana-mana kepingan gambar. Sentiasa berada dibelakang lensa melihat dunia eksotik mereka, dengan cara dan olahan sendiri.

Itu semua kerana sebuah lensa...
Idea pemisahan manusia yang berlaku secara tidak langsung. Bukan seperti Tombok Berlin dan DMZ di Korea Utara dan Selatan...

2 ulasan:

Em Berg berkata...

xper... aku dah lama di dunia ni..
dunia aku berkorban untuk org laen tanpa memikirkan kemana hilangnya gambar sendiri

Tanpa Nama berkata...

haha...ko mmg macho dow...
idola aku...emberg! ksenks...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...