Sabtu, Jun 07, 2008

Ke-Bosan-an!


Aku gila? Aku terlalu emosional?
Mmm, akukah yang patut mengklasifikasikan perasaan aku?
Rasanya tak perlu. Ada orang disebelah akan menyedarinya.
Tapi jikalau aku bosan? Tiada siapa akan perasaan.
Kadangkala aku menghadiri majlis keramaian yang menghiburkan
sekalipun aku katakan...
"BOSAN!"
Bermain permainan komputer yang menghiburkan...
Banyak kali aku katakan...
"BOSAN!"
Terlalu bosan aku semakin suka bermain 'games'
yang ada dalam telefon bimbit aku...
Dan sebenarnya ianya terlalu...
"BOSAN!"

Tapi situasi sebenarnya aku ada kerja dan latihan latih tubi
sempena peperiksaan akhir semester ini.
Aku lupa nak 'post'kan artikel mengenai eksperimen...
Eksperimen yang ku kira lama dan berjaya setakat ini.
Bertajuk "Eksperimentasi Diriku"...
Aku rasa aku manusia yang ada merengnya...
Membuka sejarah sulit dan hitam...
(Patutkan aku menggelarkannya hitam?)

Esok pula ada majlis minum teh di perkarangan kedutaan...
Aku kurang gemar menghadiri majlis yang memerlukan protokol pakaian contohnya formal atau casual, dan seluar jeans tidak dibenarkan...
Ia memberi gambaran padaku...
Ianya pasti "BOSAN!"
Sudah hampir 3 bulan aku tidak menyarung jeans...
Sekarang aku lebih selesa dengan seluar khaki...
Selalu aku pakai kesana-kemari didalam kawasan sekolah menengah...
Ianya ketika dulu, dan hingga hari ini...
Ku rasa seluar macam ini bebas masuk kemana-mana situasi...
Yakah? Entah...perlakuan bosan memaksa jemariku menari...
Menari tanpa irama untuk memikat si pembaca...

Tapi lebih baik aku mengisi sesuatu, kan?
Aku kepilkan gambar yang baru aku 'scan' dengan scanner terbaru...
Baru sampai petang tadi, berbaloi dengan duit aku laburkan...
3 in 1; Printer, Scanner & Photostat...


Terang! Boleh jadi 'seeder' e-magazine...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...