Selasa, Jun 10, 2008

Eksperimentasi Diriku [Edisi Blog]

Aku memulakan cerita dengan perkataan:
Blog
Suatu fenomena untuk penulis bebas berbicara tentang apa yang kita suka. Suka, artis, politik dan sebagainya. Ada juga lebih berani menjadikan blog sebagai laman meluahkan perasaan benci pada sesuatu. Terpulang kepada individu yang sekarang lebih popular digelar 'blogger'.
Berkembanglah dunia penulisan bebas. Tapi itu bukan benda yang mahu aku cerita pada pagi buta ini. Pernah dulu aku tidak mengemas kini laman penulisan bebas ini dan ianya fenomena biasa rupanya. Walaupun aku gelarkan hari ini sebagai penulisan bebas, aku masih mengehadkan beberapa perkara yang ku bilang tidak perlu untuk berbicara. Takkan aku perlu bercerita mengenai kisah dalam kelambu kelak apabila aku sudah berumah tangga? ( Aku tiada usaha ke arah itu lagi.) Walaupun aku gemar memasuki laman politik atau komentar politik dunia atau negara sendiri, aku tidak sesekali akan menjadikan politik sebagai paksi kepada setiap pendapat yang aku ingin utarakan.

Bawah ini aku kepilkan artikel yang seratus-peratus benar. Aku menjadikan diriku subjek untuk dimanipulasikan. Aku tak tahu kenapa begitu berani mahu mendedahkan sejarah gelap (adakah ianya gelap?) yang dulunya menjadi inspirasi pembabitan aku kedalam dunia blog ini.

Terpulang apa yang kamu bicara tentangku, pastinya semalam adalah sejarah, esok adalah misteri dan hari ini adalah penghargaan, aku percaya penghargaan itu adalah untuk diriku. Huh?
(Dialog lawak dalam filem Kungfu Panda 'Yesterday is History, Tomorrow is a Mystery, Today is a Gift, and The Gift Is You!' )

Dah nak masuk separuh kedua Italy Vs Holland. Klik gambar bawah ini. Terpulanglah kalau nak baca ke tidak. Ianya datang dari hati yang bertunjangkan penyesalan.
(Klik GAMBAR)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best penulisan adib..macam penulis pro..caya rrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...