Sekali lagi aku ulang, aku tak patut menjejaki ruangan ini!
Tak patut, tak patut!
Argh, aku rasa sampai disini saja aku perlu menaip.
Menghilangkan ruang 30 minit sebelum sepak mula antara Itali dan Romania.
Bebanan kepala terasa sungguh berat rasanya.
Terlalu banyak input tapi dia output dalam tempoh terdekat.
Tidak tahu mana yang patut aku mulakan.
Walaupun aku dah bermula sedikit demi sedikit sejak minggu lalu.
Adakah belajar terlalu awal mengundang kegelisahan?
Tak patut, bukan?
Aku ingin masuk kedalam dimensi masa peperiksaan
dengan hati tenang...
Dan, ianya masih jauh!
Aku ingin bercuti dengan tenang...
Sepertimana cuti-cuti sebelum ini...
Bukan maksud 'result' sebelum terlalu baik...
Cuma berbaloi dengan usaha aku...
Aku tak mampu berhenti menaip!
Owh, ianya bergerak terlalu pantas!
Aku dah banyak bercerita.
Aku harap minggu ini cepat berlalu.
Rasanya aku tak tidur malam.
Esok ada kelas, kelas pada hari SABTU!
Dan 'exam' pada hari Isninya!
Aneh, tiada 'study week' seperti di universiti Malaysia.
Alamak, banyak pula idea datang dari kepala.
BERHENTI! Ya...
Aku cuba...
Dan, ini ayat aku terakhir....
Pasti? Tidak...
Habis, aku berhenti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan