Selasa, Jun 03, 2008

Boy And Man...

Tafsiran kedua-duanya dalam bahasa Malaysianya terlalu cukup mengklasifikasikan bahawa Boy adalah budak lelaki yang kecil dan Man adalah lelaki yang sudah dewasa. Definisi apakah itu lelaki terlalu banyak dibicarakan sehinggakan hari ini kita tidak boleh berpegang pada satu sumber.

Transformasi dari budak lelaki (Boy) kepada seorang lelaki (Man), itu yang aku mahu tahu. Adakah ianya berubah kerana satu faktor yang malar pada masa tertentu?
Adakah kerana dengan siapa kita berkawan?
Adakah kerana suatu peristiwa menyakitkan hati?
...terlalu banyak yang ku fikirkan. Zaman remaja yang ku bilang kian suntuk untuk mengukir sejarah yang patut ku kenang pada hari kemudian, itupun jikalau diizinkan-Nya.

"Real man don't share a feelings.."

Setuju! Tapi bukan merujuk kepada 'Real Man' disitu. Tapi ayat seterusnya. Itu yang aku cuba atasi selama ini tapi ternyata gagal. Aku tertarik dengan lawan kepada jantina diriku kerana dapat meluahkan setiap warna-warni perasaan, gembira, sedih, marah, sayu... Aku mengakui aku takut untuk menangis. Aku benci untuk marah. Kadangkala aku boleh tersenyum untuk situasi yang kurang mengizinkan aku berbuat demikian. Walaupun orang kata seorang blogger seperti aku mampu menceritakan tiap bait-bait cerita, adakalanya aku secara seratus peratus tidak mampu berbuat demikian yakni menceritakan episod disebalik duka dan kesedihan (rasanya penbendaharaan kata yang sama). Mungkin aku mampu cuma aku takut...

Aku menulis hari ini kerana aku terbaca nota yang aku catat sesuatu didalamnya. Nota ini aku tulis semula dengan saiz yang besar pada kertas putih.

"When I was a child, I spoke as a child. I understand as a child. I thought as a child. But, when I became a man, I put away all childish things..."
Sir James Farmer 1930s

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku lagi suke kalau ko tulis time tgh byk idea... at least x rasa membazir kalau aku bukak kat enpon aku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...