Sabtu, Mei 31, 2008

Berdua Lebih Baik...?

Ya, aku kembali menulis, Aku kembali menulis apabila aku keluar dari kepompong kecil ruangan hidup di area Gecheok. Sudahku bilang, idea dan cetusan hati ingin menulis adalah semuanya berpunca dari sekitar kita. Apa yang kita perlu lakukan? Hanya melihat dan menghayati jalan kehidupannya...

Banyak cerita yang mahu aku coretkan, tapi tak sempat aku rakamkan dalam ayat-ayat yang serba ku kira tiada struktur bahasa yang kukuh. Hanya keluar dari hati dan digerakkan oleh jemariku pada papan kekunci. Inilah aku...

Aku mendapat ilham kembali apabila aku duduk dalam bas biru yang arah perjalanannya ke Itaewon. Di tingkap bas mengalir lesu titis hujan yang serba perlahan membasahi ibu kota Korea Selatan, Seoul. Mungkin disebabkan aku pergi keseorangan, aku mengelamun memikirkan ayat-ayat untuk aku menceritakan setiap detik-detik perjalananku minggu ini. Kawan-kawanku yang lain pasti memikirkan apalah sangat naik bas ke Itaewon pada hari yang hujan? Ya, apalah sangat. Tapi, inilah aku...

Terima kasih kepada Pak Tam tentang informasi mengenai Sindrom Writer Block. Sindrom ini memang akan berlaku kepada sesiapa yang cuba menjerumuskan diri ke dalam bidang penulisan. Apatah lagi seperti aku yang masih amatur, hanya berbekalkan blog untuk berkata-kata dan berkongsi kisah hidupnya tapi sudah mengalami sindrom seperti ini. Penulis terkenal yang masuk dalam senarai aku kurang gemar iaitu Stephen King sekalipun mengalami sinrom sedemikian. Tiada siapa yang tahu mengenainya tapi boleh dilihat pada masterpiece beliau bernama Secret Window...

Berdua lebih baik? Adakalanya ianya betul, tapi pada situasi tertentu aku mengangkat tangan mengatakan tidak. Bukan aku tidak mahu berteman untuk berjalan-jalan, tapi faedahnya ada disitu. Bila kita berseorangan berjalan-jalan, baru kita nak menilai diri kita, apa yang kita mahu dalam diri kita, siapakah kita, dan apa tujuan kita untuk terus bernafas dan berjalan dibumi yang dicipta-Nya...yang pasti, inilah aku...

Terima kasih kepada-Mu kerana hari ini hujan dan dan hujannya tidak sampai mengkuyupkan baju. Turun dari bas, membeli apa yang patut dan singgah ke Subway untuk mengisi perut hanya dengan sandwich tuna. Sekali lagi aku duduk berseorangan, menatap makanan berseorangan sambil dalam kepalaku berputar-ligat menukarkan jalan cerita hari ini kedalam kata-kata yang senang difahami. Dari kaca tingkap Subway, aku melihat manusia lalu-lalang, ada yang berpayung ada yang tidak. Walaupun aku tahu cuaca pagi tadi cukup syarat untuk mengatakan hari ini hujan akan turun, aku keluar tanpa payung.

Sudah selesai makan, aku berdiri seketika dipintu restaurant. Tanpa payung, aku menutup kepalaku dengan 'hood' supaya kepalaku tidak basah agar tidak demam pada kemudian hari. Aku memang degil untuk membawa payung yang tidak seberat mana. Kerana inilah aku...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..huish, penulisan dan karangan yg sangat menarik. tiDak jemu untuk membacanya. Hebatny kamu menulis..kene ajar nie..al da best =)

Tanpa Nama berkata...

kekadang ianya lahir dr hati....
dan digerakkan oleh tangan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...