Jumaat, Mei 09, 2008

Aku Dah Bosan Menulis...

Semakin lama, aku dah bosan nak menulis, menaip...
Tak tahu adakah ianya satu fenomena seorang blogger seperti aku?

Aku rasanya kena berhenti menghantar 'post' ke ruang ciptaan aku ini.
Bukan bermakna aku berhenti selama-lamanya, mungkin 2 bulan atau 3 bulan.
Bukannya apa, tempoh pembelajaran yakni hari-hari aku ke kolej aku mengalami cerita yang sama.

Kehidupan aku sudah kurang rencahnya.
Kurang rencah ini bermakna tiada pengalaman untuk aku catatkan.
Biarlah aku meninggalkan ruang hitam ini.

Aku kena ber'cuti' dari melawat ruang hitam ciptaan sendiri.
Untuk kebaikan aku juga.
Dari bercerita benda yang sama dan tiada nilai sentimental padaku...
Baik aku berhenti sementara waktu, kan?

Sudah, jangan paksa aku untuk 'update' lagi!

"Offering a people too much information is the equivalent of revealing all your cards, without giving people the chance to develop attraction for you..."

3 ulasan:

blurryfella87 berkata...

fenomena biasa..
aku pernah beberapa kali menghadapi fenomena ini..
di mana aku ingin bersara terus dari dunia blogging sebaliknya aku semakin tamak dan akhirnya mempunyai 3 blog serentak..
aku yakin suatu hr nanti ko akan kembali blogging..

:))

Tanpa Nama berkata...

arghh..ak pn same adib..mkin ari mkin mls ak nk post..tp secare rgkasnye..ape yg ko tulis n..same dgn ape yg ak rase..cayalah!!eheh

Eman berkata...

ini namanya writer's block. cuba google.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...