Rabu, Mei 07, 2008

Freedom Writers...

Begitu banyak sekali deretan filem-filem yang mendapat rating yang tinggi pada tahun lepas. Ini semua didasarkan pada komen-komen oleh pengguna Yahoo, dan aku adalah sebahagian daripadanya. Abaikan filem box office minggu ini iaitu Ironman yang mendapat perhatian yang hebat. Filem-filem yang mendapat tempat dihati penonton tahun lepas dan publisiti yang tidak seluar Transformer aku cari (dengan kata lain 'muat turun') dan aku tonton.

Dan aku sekali nak war-warkan bahawa filem yang aku tonton bukan jenis yang diminati semua manusia, seperti kata kawan aku kepada diriku "Semua filem kau tonton kau cakap 'best'". Ya, dan aku terima kenyataan itu. Filem yang menjadi kegilaan aku bukannya setiap lapis manusia meminatinya. Filem yang aku puja setiap masa "MATRIX" oleh pengarah Wachowski Brother masih tetap dihati aku.


Tengok filem sambil makan donut...boleh muak 2 hari!


Sempena habis minggu peperiksaan, aku cuba sibukkan diri dengan benda lain selain aktiviti dalam kelas iaitu menonton filem. Aku rasa minggu ini aku bagi skor terbaik aku untuk filem bertajuk Freedom Writers, lakonan Hillary Swank. Aku rasa teruja menontonya kerana ia berkaitan diari; diari mengisahkan hidup dijalanan yang dipisahkan oleh kulit, bangsa, dari mana kelompok manusia itu datang. Asian, America-Negro, Latin dan lain...

Siapa berminat filem bercorakkan inspirasi, tengoklah...

Aku senaraikan filem, dan adakah patut tengok atau tidak...

1.Death Sentence
Buah tangan dari pengarah SAW, dendam membawa perubahan dalam hidup manusia. Dari seorang yang kaya menjadi sebahagian punk, membeli shot gun dan pelbagai pistol untuk memburu pembunuh keluarga dia. Tembak-menembak? Sudah pasti tapi yang menggerunkannya tembak kaki musuh pakai shot gun, kaki tercabut. 7 dari 10 bintang.

2.Great Debaters
Seronok, menarik. Tengok cerita ini aku pun nak jadi seorang pendebat. Berdasarkan cerita sebenar mengenai sekumpulan pendebat yang membawa mesej mengenai perbezaan warna kulit. Isi debat yang hebat. 9 dari 10 bintang.

3.Dving Bell And The Butterfly
Sudut kamera yang menarik, Jalan cerita agak perlahan tapi ada mesej mengenai kehidupan. Manusia biasa yang menghidapi stroke dimana terpaksa berkomunikasi hanya melalui kelipan mata, macam mana itu? Walaupun hanya dengan kelipan mata dia mampu mengarang sebuah novel dengan bantuan dan sokongan orang sekelilingnya. Berdasarkan cerita sebenar juga. 8 dari 10 bintang.

4. The Pianist
Tengok filem ini baru aku tahu apa itu "Ghetto". Tak sangka ghetto sebuah tempat yang seram untuk diduduki. Aku tengok filem ini sebab sejarah Eropah yang popular didunia; Holocoust. Berlatarkan ibukota Warsaw, Poland. Zaman perang dunia kedua dimana German menakluk sebahagian Eropah dan melakukan pembunuhan beramai-ramai Jews. 9 dari 10 bintang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nape donut tu mcm pelek semacam je? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...