Ahad, Mei 04, 2008

Bahang-Bahang Musim Panas...

Mungkin sesiapa yang mengikuti perkembangan filem Hollywood, apabila mula masuk musim panas bermakna dunia perfileman disana akan menyajikan pelbagai filem menarik. Konklusi dari pandangan aku selama ini filem-filem yang ditayangkan pada musim panas pasti yang seronok untuk ditonton. Dan baru-baru ini Ironman adalah filem pertama untuk sesi musim panas kali ini.

Aku suka membuat perkara yang kadangkala aku gelarkan sedikit gila. Mana taknya, 3 hari lepas aku tak boleh tidur selepas subuh. Subuh disana pada musim panas bukan seperti Malaysia yang biasa sekitar 5.30 hingga 6 lebih. Tapi disini seawal 3 pagi hingga keempat pagi.

Aku mula melayar internet, masuk sana, masuk sini...secara kebosanan aku pergi laman web Guro CGV, wayang yang selalu aku pergi. Biasanya aku membeli tiket wayang pukul 9 45 pagi atau 10 pagi. Mungkin filem ini selalu digembar-gemburkan sebelum filem ini ditayangkan sehingga tiket seawal 9 pagi hanyan tinggal beberapa kerusi.

Nak tak nak aku ambil keputusan menonton pukul 8 45 pagi; diwaktu dimana pekerja memasuki ofis, pelajar sekolah sudah berada dikelas dan pelajar kolej bergegas untuk kelas yang pertama. Aku sepatutnya tengok filem ini hari Sabtu atau Isnin (sebab cuti umum), tapi pikir-pikir balik hari kelas pun ramai orang, macam mana pula kalau hari cuti umum?

Lama juga filem ini, tapi tak seronoknya ada selit masukkan unsur-unsur pro Amerika disini. Habis tonton, bersedia untuk peperiksaan 3D Work aka Solidwork...nasib baik lepas. Gila...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...