Jumaat, Mei 02, 2008

Teknologi Meniru

Aku bersemangat pula nak menekan papan kekunci aku malam buta ini. Ini semua disebabkan lauk restoran Maharaja yang 'memanaskan' perutku. Mana tidaknya lauk yang dihidangkan daging kambing, ayam goreng, kari, kuah dal dan macam-macam. Sempena kedatangan wakil-wakil dari UniKL untuk buat research bidang-bidang yang sesuai bagi mereka memperkembangkan UniKL. Tak tahulah kalau ada dikalangan pembaca sekalian budak UniKL.

Masa aku tengah kemas rumah pada waktu malam (dah jadi rutin), aku terjumpa 'cunning paper'. Aku minta dari Hyeong sebab nak buat bahan kemaskini blog. Nak kata kertas bukanlah kertas tapi macam transperancy yang selalu dipakai kalau sesiapa yang memakai OHP. Dimana-mana budaya meniru ketika peperiksaan pasti ada cuma cara yang dipraktikkan. Ini aku nak dedahkan. Bagi aku cara macam ini macam 'kacak' berbanding membawa 'toyol' kertas. Apa-apa pun perhatikan. Pesanan aku; JANGAN MENIRU!


3 muka surat buku teks jadi sebegini...menakjubkan!



Saiznya hanya tapak tangan...tulisannya sangatlah kecil!



Dan ianya senipis ini...boleh dapat A+!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...