Rabu, April 30, 2008

Sampah's Reader

Rasanya tak perlu nak bagitahu semua orang;
"Hoi, aku dah format semula komputer!"

Mulanya aku nak menaip sesuatu yang serius, pasal dunia lelaki kalau tak pun mengenai kisah seorang penulis dan seorang pendebat awal tahun 90-an. Tapi macam tak ada 'mood' nak menaip benda-benda macam itu. Lagipun Shahril suruh hantar karya untuk majalah yang akan dia buat dalam masa terdekat ini. Aku terfikir pasal idea ini masa aku tengah belajar mengenai enjin kereta!

Tiada DOTA dalam masa terdekat, tiada Football Manager, tiada Need For Speed...yang ada dalam komputer aku sekarang hanya iTunes yang aku selalu buka. Itu sahaja. Tak tahu kenapa nak format semula komputer, nak kata virus menyerang tidak. Spyware melambak tu biasalah kalau selalu pakai internet. Dah lama tak format, dah format laju komputer aku. Mungkin sebelum ini banyak software yang jarang dipakai.

Hari ini 30 haribulan 4, penghujung bulan dimana awalnya dikatakan bodoh (April Fool). Hari ini hari pertama tayangan Ironman, hari pembukaan Dunkin Donut di sekitar kawasan rumah aku. Hari ini juga Manchester United berjaya melangkah kaki ke final Champion League. Tanniah diucapkan.

Apa patut aku tulis untuk artikel majalah? Kalau cerita macam dalam blog ini takut digelar 'sampah' pula. Sampah pun sampah. Baru-baru ini Utusan Malaysia tak silap ada membuat rencana mengenai peranan blog zaman sekarang. Blog politik adalah blog yang digelar bermutu dan kalau nak beremosi, bercerita benda-benda merapu, bolehlah gelar blog itu layak masuk kedalam tong sampah.
Apa yang masuk kedalam tong sampah? Sampah...

Pembuktian:
Dandelinoid = Sampah
Dandelinoid's Reader = Sampah's Reader
Sampah's Reader = Blog Reader * Blog Reader * Blog Reader

...dimudahkan...

Sampah's Reader = Blog Reader ^ n (n=1,2,3....)

Dandelinoid' Reader = Sampah's Reader
Dandelinoid=Sampah (Reader/Reader)

jika,(Reader/Reader)=1

Dandelinoid = Sampah


Eh, tak jadi rumus aku Sampah ini. Boleh dikembangkan lagi ini. Kalau berjaya boleh buat Sampah's Equation, letak dalam buku teks budak sekolah rendah. Walauapapun, bacalah ayat dibawah ini;

The writer isn't the best judge of his own work. That's the reader jobs.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huhu..mende rumus ko tu..merepek je.. blog ni bukan utk orang politik je..kadang2 blog politiklah yg layak digelar sampah sebab banyak unsur2 fitnah, manghasut tnpa bukti.. bagi aku, aku lebih menghargai blog org2 yang ingin berkarya, nak mengasah bakat dia.. aku dengar segmen blog kt tv1, menurut kajian yg dijalankan.. trdapat 50 blog yg amat popular di malaysia.. dlam 50 tu, hanya 8 je blog politik.. kebanyakannya blog yg berkisar tentang personal life ^.^ macam ko le..

blurryfella87 berkata...

kalo camtu blog aku pun sampah..
hahaha..
tp who cares..
blogspot wat hosting blog free.
gunakan kemudahan internet yg dah bayr setiap bulan tu..
keep on blogging adib..
kalo start wat blog politik nanti tak silap2 kene deletela plak..
:))

Tanpa Nama berkata...

Great work.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...