Isnin, Mac 03, 2008

Hanya kerana ianya pertama...

Aku kembali ke laman hitam yang menjadi coretan hidupku yang ku kira semakin malap. Kalau rak buku tidak disentuh, habuklah jadinya. Apatah blog aku ini. Ada suatu penbendaharaan kata yang sesuai untuknya...?

Kebiasaan aku memikir, mengarang dan menaip sesuatu isi blog aku ketika aku mendapat suatu idea. Yang pada kebiasaannya selepas peristiwa yang seronok, memberi efek kepada jalan kehidupanku dan menginsafkan diriku. Di waktu ini selepas aku tidur selama 3 jam, aku mendapat idea bercerita kehebatan ayat atau peristiwa yang berlaku PERTAMA kalinya...

Seperti frasa ayat:
Lelaki Melayu Terakhir
Perempuan Melayu Terakhir
Last Man Standing
Subjek Terakhir (Drama)
Surah Terakhir (Drama)


Ayat-ayat seperti ini kadangkala atau boleh dikatakan kerap kali digunapakai untuk menunjukkan simbol kemegahan atau unik. Tapi seperti sebelum ini aku perkatakan. Aku tidak mahu berbincang mengenai TERAKHIR, tapi yang PERTAMA.

Ada yang mahu aku ceritakan cerita Sabtu lalu yang dimasukkan PERTAMA dalam hidupku kedalam blog ini. Hanya kerana ianya pertama bagiku orang berbicara.

Pokok persoalannya disini...adakah kita menghargai apa yang berlaku yang PERTAMA dalam hidup kita selama ini? Setiap manusia sekurang-kurangnya menghargai kali pertama bernafas di dunia ini...Hari Lahir. Perkara PERTAMA dalam hidupku ada yang manis, ada yang pahit. Ingin ku mahu senaraikan tapi terasa ada sebahagiannya aku patut jadikan rahsia.

Benda yang PERTAMA kita miliki pun ada nilai sentimental disitu. Kebanyakan masih aku simpan sampai sekarang. Contoh:
1. Telefon Bimbit PERTAMA: Nokia Butterfly.
2. iPod PERTAMA: iPod Shuffle.
3. CD Music PERTAMA: Hybrid Theory. Zaman tak ada MP3.

Argh...esok dah mula tahun dua pengajian Mekanikal, masih di tempat yang sama.
Tak sangka semua cepat berlalu. Terasa waktu PERTAMA kali aku jejak di Dongyang Technical College macam semalam. Sebelum aku tamatkan coretan merapu ini, aku pesan hargai yang pertama dalam kehidupan kita.

P.S: Baru habis tengok filem Kata-Kata Cinta...ada babak tak faham.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kata-kata cinta ke ayat-ayat cinta?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...