Selasa, Mac 04, 2008

Penungguan Itu Menggilakan?

Selalu kita dengar dari mulut si pemuisi, penyajak atau si bijaksana yang pandai berkata-kata mengatakan "Penungguan Itu Menyeksakan"...

Itu lah hakikat kita terima kalau kita yang menjadi si penunggu. Si penunggu yang sentiasa menunggu. Memang rasa terseksa walaupun ianya 5 minit sekalipun. Aku baru sahaja menonton 2 filem yang menimbulkan persoalan "Penungguan"; -si ibu yang menunggu anak, anak yang menunggu kedua ibu bapanya, lelaki yang mencari cintanya- dalam cerita August Rush dan -lelaki yang menunggu wanita selama 54 tahun- dalam cerita Love In The Time Of Cholera.

Banyak filem sebegini yang mengupas persoalan mengenai hidup seorang yang menunggu sesuatu. Tapi kita kadang-kadang lupa ada insan disebelah kita ingin bercerita perasaan dia menjadi seorang penunggu. Aku gelarkan ia sebagai Hyeong, agak kerap duduk di sebelah aku ketika sesi pengajian semester lepas.

Aku agak kekok untuk pertama kalinya seorang manusia berbangsa asing lagi-lagi berbahasa ketiga pada diriku bercerita bagaimana dia kehilangan kekasihnya. Sudah menjadi kebiasaanku menjadi pendengar setia kepada manusia yang ingin bercerita, tidak kisah ianya berkisarkan masalah atau sekadar pandangan.

Ceritanya mudah sahaja;
(Selepas beberapa minit berbicara mengenai cuti panjang yang lepas)
Hyeong: 애이니 아직도 없냐...? (Masih tak berpunya?)
Aku : 없는데...갑자기 왜요? (Tak ada...kenapa?)
Hyeong: 그냥...만났던 여자 친구 만났어...어제...(Tak ada apa-apa, terjumpa kekasih lama semalam)
Aku : 아...그거 첫 사랑이에요? (Itu cinta pertama ke?)
...kami berbual dalam 20 minit.

Aku memang tak faham kenapa dia tiba-tiba nak berbicara perihal sebegini. Agak kekok keadaan aku dalam kelas ketika itu. Ketika ini 'lecturer' tengah berbicara perbezaan budaya Barat dan budaya Timur di hadapan kelas. Ketika ini juga aku memasang telinga menangkap setiap kata-kata perbualan Hyeong di sebelah aku. Cerita cintanya agak kasar nak kutakan agak mendatar...mungkin dia tidak pandai mendramatiskan cerita. Atas sebab apa aku nak ceritakan cerita dia didalam blog aku? Kerana ayat terakhir sebelum dia menamatkan perbualan, ketika 'lecturer' menamatkan kelas amat menarik untuk dimasukkan dalam kamus hidupku...

기다리기는 미쳤어!
Penungguan Itu Menggilakan!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yeahh..hensem ke budak korea tu? lol ;pPp jk jk

Tanpa Nama berkata...

haha... konpem suka nk kapel ngan bdk korea
lala~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...