Isnin, Februari 25, 2008

Tidak Mahu Ia Menjadi LIMA!

Panas, panas, panas...phuk! Jatuh suhu menjadi sejuk...
Kerja Allah nak tentukan suhu dunia yang serba tak menentu...

Aku rasa dalam minggu-minggu akhir ini aku cuba nak memperbetulkan segala waktu-waktu seperti tidur, makan, bermain menjadi seperti sediakala. Kalau tak sebelum ini:

1.Makan apabila lapar...yang kebiasaannya lapar apabila habis bermain dotA di kala pagi yang buta...pukul 2 pagi atau 3 pagi. Penyumbang besar kadar obesiti pada badan aku.
2.Tidur apabila letih...tidur lebih 6 jam, 8 jam atau 10 jam menjadi kebiasaan. Menyebabkan daya berfikir aku menjadi kurang tajam. Sebab itu tak ada idea nak 'update' blog.

Kalau aku fikir-fikir balik...kehidupan yang aku lalui 5 hari lepas boleh dikatakan terlalu membosankan. Tengok Champion League bangun lewat. Tengok English Premier League, bangun lewat. Bangun dari tidur dah kena panggil dengan Ayie main bola...Lagipun dah lama tak main, layan main dengan cuaca separa sejuk...
(P.S:Haha...siap telefon aku suruh turun padang. Terima kasih diucapkan)

Disebabkan banyak terdedah dengan aktiviti luar sambil ditambah keadaan diri sendiri dari segi diet pemakanan, nutrisi serta gizi yang tidak seimbang, aku hampir jatuh demam. Susah payah tak nak kena demam ini. Salah satu cara yang pada pengalaman aku boleh dipakai, minum air dengan kuantiti yang banyak. Aku tak suka demam di Korea.

Kalau aku demam di sini memang aku tak boleh buat apa. Tengok T.V rasa pening, naik bas rasa mual, dengan kata lain tak nak bergerak kemana-mana. Tapi nasib baik bilangan aku demam di sini tidak menjadi lima. Sekadar 4!

Ada satu aku rasa seronok dalam minggu ini. Pancake yang aku buat di rumah Anas (boleh dikatakan rumah Elhafy, Fazlan, Aiman) menjadi bentuk seperti gambar di bungkusan. Kena berlatih selalu nak buat pancake itu bulat, tebal dan rasanya tidak kosong. Lagi seminggu dah nak kena 'warm-up' kepala.

Mula semester baru disini macam kita berlari 100 meter. Tapi takkan tak ada pemanasan badan kan? Nak lari 100 meter dengan lancar kena pakai pakaian sukan, kasut yang sesuai...baru kita boleh lari! Macam itu juga kita sebagai pelajar Dongyang Technical College...

Esok kena pergi perjumpaan dengan En.Hanisan...nasib baik pukul 2 petang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...