Jumaat, Februari 08, 2008

Habis praktikal...Ulasan Filem Oskar!

Agak lama tak 'update' muka hitam ini. Dah habis buat praktikal dan masih ada cuti musim sejuk sebulan lagi. Mustapha kata cuti adalah cuti, rehatkan badan...kalau dah masuk semester baru ada penyesalan kenapa tak menikmati cuti yang diberi. Maka dengan itu aku menikmati cuti aku dengan bersungguh-sungguh. Antara aktiviti pertama aku buat selepas habis kerja adalah melayan, menonton filem yang bakal bertanding untuk Anugerah Oskar (Oscar Film Award). Tak tahulah remaja yang sebaya dengan aku minat filem yang bertemakan tema yang berat, perlahan, setiap kata-kata perlu difahami, kebanyakan berdasarkan perjuangan, atau cerita sebenar...

Jom baca ulasan aku pasal filem-filem yang masuk Oskar tapi aku belum tonton lagi...

Atonement


Budak kecil. Apalah tahu sangat pasal jiwa menggelodak yang dikenal pasti sebagai cinta. Cinta masa usia yang mentah menyebabkan kesilapan dalam berkata-kata. Tak mengapa kalau tiada kesan jangka panjang. Kalau kata-kata budak kecil yang selalu dikatakan 'jujur' menyebabkan dua jiwa manusia lain terseksa, saling menunggu, menerima takdir hidup yang bukan mereka pilih? Budak itu membesar dan ingin membetulkan kesilapannya...memberi kehidupan bahagia kepada manusia saling bercinta dalam novel yang dia karang yang bertajuk Atonement...

Gone Baby Gone


Kehilangan kanak-kanak seringkali menimbulkan kerisauan dalam suatu komuniti. Ada yang berfikir kanak-kanak yang diculik dibunuh, diperkosa atau dijual. Ada tak dikalangan kita tidak berfikir sedemikian, dan menganggap ada faktor lain yang mencurigakan? Lakonan Casey Affleck, adik kepada Ben Affleck sebagai pengarah filem ini. Mungkin kalau tengok cerita ini ada kesedaran untuk menjaga anak kecil andaikata kita bergelar ibu bapa...

Into The Wild


Filem berdasarkan cerita sebenar. Seorang remaja yang lari dari kesibukan kota. Dia juga ingin lari dari kehidupan manusia yang streotaip...masuk sekolah, masuk kolej, masuk universiti, beli kereta, rumah, dan membina keluarga...Dia berazam tak mahu menjadi manusia lain yang jadi hamba duit, bermula dengan menghapuskan rekod kewangan, identiti sendiri, berjalan hampir seluruh Amerika dan akhir sekali menetap di 'Magic Bus'. Pengakhiran cerita yang sedih...aku suka ayat terakhir yang dia tulis dalam diari dia..."Alone, its scared!"

Juno


Siapa tahu filem "Thank You For Smoking"...buah tangan dari pengarah cerita tersebut. Filem yang patut diberi pujian. Mengenai gadis berumur 16 tahun nekad untuk melahirkan bayi yang dikandungnya sambil dibantu ramai pihak. Walaupun sekadar cerita biasa, ada mesej untuk difahami...aku tergelak tengok cerita ini. Bukan lawak bodoh, sekadar kata-kata biasa tanpa memek muka yang lucu...tengok pukul 3 pagi pun akan rasa hilang nak tidur...

Michael Clayton


Hero tua, George Clooney. Filem mengenai rahsia kematian sahabat Michael. Setiap perkara yang berlaku mengenai kes yang disiasatnya menimbulkan kesangsian dan mengambil jalan sendiri untuk selesaikan kematian kawannya. Bukan cerita pembunuhan biasa. Walaupun agak perlahan...aku amat suka cerita macam ini. Tak tahu kalau umur 20-an ada minat cerita macam ini...

Sweeney Todd


Filem muzikal! Filem muzikal antara yang berjaya menarik minat aku hingga ke saat akhir filem ini. Sekali lagi gandingan pengarah Tim Burton dan Johnny Deep. Latar belakang gelap, imej psiko, kekejaman, darah memancut...tapi disulami dengan muzikal yang seronok didengar...aneh kan? Filem kejam dengan adunan lagu yang mengasyikkan. Apa-apa pun tanniah kepada Johnny Deep, boleh menyanyi juga mamat ini... Memang patut tercalon Best Actor untuk Oscar.

The Assassination Jesse James


...ada sambungan lagi tajuk itu."...By The Coward Robert Fodd". Robert Fodd menjadikan pembunuh yang dikehendaki lewat akhir 1800-an sebagai idola. Ingin hidup dengan dia, bersama-sama merompak. Tidur diatas katil, merasai tiada jari seperti Jesse James...akhir sekali merasakan kehidupan bersama Jesse James menjadi suatu bebanan... Filem berdasarkan sejarah. Gandingan Casey Affleck dan Brad Pitt, endurasi filem 2 jam setengah. Sanggup nak tengok?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...