Selasa, Februari 12, 2008

3 Hari...Berapakah Nilai Harimu?

Siapa pernah menilai hari-hari yang berlalu dan berapa wang yang mengalir ketika itu?
Ada? Atau tiada? Waktu singkat yang membosankan akan membuat berfikir seketika mengenai perihal itu dan memuatkan ceritanya di dalam blog hitamnya...

SABTU (9th February 2008)
(Myeong Dong-Kyobo Bookstore)
Perjalanan singkat dengan niat yang satu pada awalnya...membeli kasut.
Sebelum ini aku pernah membuka post supaya ada sesiapa patut memberi cadangan samada aku patut memilih Vans atau Converse. Kebanyakan jawapan yang diterima lebih berat kepada Converse. Tapi aku memilih untuk berubah angin...VANS yang dipilihnya. Kasut serba ringkas...dengan corak kain yang aku gelar seperti kain pelikat hijau. Bertali dan bukan slip on. Setelah diberi diskaun,harganya:
---46000 Won atau RM 157---
Kelaparan di kala musim sejuk memaksa aku dan Aiman mengambil keputusan untuk singah sebentar di Lotteria bagi memenuhi kehendak nafsu makan kami.
---7000 Won atau RM 24---
Setelah itu Aiman Adnan ingin pula pergi ke Kyobo Bookstore untuk mencari bahan ilmiah yang sepatutnya. Kami melalui jalan yang singkat, ini semua berdasarkan pengalaman aku berjalan-jalan mencari kesemua syarikat penerbangan di pusat bandaraya Seoul pada tahun lepas bersama Firdaus Fadzil dan Hanif Fazli. Kebiasaannya sebelum aku membeli sesuatu buku yang baru, aku membuat sedikit homework; buku apa yang patut dibeli dan apa yang aku dapat kalau membacanya?. Tapi pergi tanpa sebarang pelan, aku memilih buku yang tajuknya agak menarik; "Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps".
Harganya lebih kurang dengan buku-buku aku sebelum ini.
---16500 Won atau RM 56---
Perjalanan pergi balik memerlukan tambang;
---2000 Won atau RM 7---

AHAD (10th February 2008)
(Oryu-Dong-Bupyeong-Gasan-Guro CGV)

Akibat terlalu melayan filem Oskar dan drama-drama, aku memilih untuk keluar dengan tanpa sebarang tujuan yang realistik. Hanya berjalan-jalan dan terus berjalan. Oryu Dong adalah tempat tinggal pertama aku di Korea. Yang berubah adalah kaunter jual tiket subway. Yang pasti tak berubah; Orang Tua yang ramai...bermain permainan yang entah apa-apa atau merapu pada pemikiranku.

Bupyeong adalah kawasan seperti Myeong Dong. Cuma kawasan ini hanya dibawah tanah dan jauh dari pusat kota. Aku tidak pasti samada harga disini jauh lebih murah atau tidak. Pada pendapat aku, yang relevannya ramai pekerja asing yang rata-ratanya berbangsa Indonesia ada disini. Tak tahu kenapa begitu ramai disini. Mungkin kebanyakan remaja disini mendapat duit raya yang banyak dan ingin membeli sesuatu bagi memenuhi jiwa keremajaan mereka.

Begitu juga di Gasan Digital Complex atau nama lamanya Karibong. Kawasan membeli belah yang sentiasa ada potongan diskaun 30 hingga 70 peratus sepanjang tahun. Aku rasa memang betul-betul ada sale. Sebab apa? Butik Adidas yang sebelum ini aku pergi memang lengang semacam boleh membuat aku rasa sedikit rimas berada didalamnya. Tak sempat aku nak tengok bola Teamgeist yang ada diskaun 50%. Habis aku pusing satu kawasan membeli belah disini. Di sini memang menawarkan pelbagai jenama dengan harga yang mampu dimiliki. Berdasarkan purata pelanggan Korea yang berpusu-pusu kesini.

Aku sebenarnya bukan ingin menonton wayang di Guro CGV tapi kedai buku dibawahnya. Di sini aku ketandusan majalah-majalah berbahasa asing disini. Di kedai ini boleh dikatakan menawarkan pilihan yang banyak sedikit. Ingat nak beli UNITED Magazine, tapi tengok tarikh yang ada disitu edisi November lepas. Tanya yang terkini, tak ada lah jawapannya.
Tiada barang dibeli, tambang bas dan subway:
---4100 Won atau RM 14---

ISNIN (11th February 2008)
(Mokdong-Myeong Dong)

2 urusan penting kena uruskan hari ini. Laporan Penilaian Praktikal dan menambahkan tempoh lanjut menetap di Korea. Hantar laporan bermakna salah satu syarat wajib untuk 'graduation' sudah lepas. Ak tertarik dengan nama blog seseorang They Call Me Alien. Kalau jadi seperti kami warga asing disini, anda akan dapat kad yang macam kad pengenalan Korea tapi ada ayat diatasnya "ALIEN REGISTRATION CARD". Aku adalah alien disini. Sistem untuk berurusan disini tidak sama di Malaysia. Duduk sekejap... isi borang..hantar borang...siap!. Paling cepat aku berurusan disini adalah 5 minit, uruskan pasal hal pergi balik Malaysia-Korea (Re-Entry). Hari ini entah kenapa ramai sangat, kene tunggu 30 minit (lama tak 30 minit?). Nak tambah tempoh duduk disini bukan percuma, kena bayar. Tapi boleh tuntut dari JPA.
---30000 Won atau RM 102---
Hanif Fazli kerja di restoran Pakistan maka selalulah makan daging-daging, atau kategori berat-berat. Dia pula teringin nak makan macam McD atau Burger King. Perut aku pula lapar. Kalau ngantuk disorongkan bantal, tidurlah ia. Begitu juga aku. Jihad Jamarei ikut sekali ke Myeong Dong atas dasar mencari ketenangan.
Makanan tengahari:
---4200 Won atau RM 14---
Dah jalan-jalan, petang pula menjelma, petang suram yang serba sejuk.
Kopi panas perlu dicari bagi menikmati petang suram di Myeong Dong.
5200 Won atau RM 18
Tambang subway kena ambil kira:
3300 Won atau RM 11

Berapa jumlahnya? Haha...aku dah tak nak kira. Begini kehidupan kalau anda berada bandaraya yang tersenarai sebagai sara hidup kedua termahal di dunia, Seoul. Apa-apa pun tema bandaraya ini cuba fahamkan:
SEOUL, Soul Of Asia!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...