Isnin, Januari 14, 2008

Masakan ini...pelik atau unik?

Dunia masakan terlalu luas untuk diterokai, tapi yang kita boleh kenal pasti... masakan ada seni. Seni untuk dirasai, dinikmati bukan hanya untuk diri sendiri tapi orang lain. Seringkali di kaca television memaparkan masakan baru yang diperkenal oleh chef terkenal seperti Chef Wan. Hari ini saya nak bercerita masakan yang telah dibuat oleh pelajar lelaki yang sedang menuntut di Korea...tak tahu apa pandangan kamu semua terhadap makanan ini...

Murtabak Maggi???
Murtabak. Memang murtabak. Cuma berisi inti Maggi. Saya tahu benda ini dari Naim. Siapa sangka mamat kuat tidur bangun awal pagi buat murtabak Maggi. Pagi tadi jumpa murtabak Maggi masa jemput Acap pergi kerja. Pengaruh rakan sebaya...Nak buat murtabak daging mana kami mampu nak beli daging. Mahal...Korea beb!!!

Soto???
Idea dari saya. Ingat nak buat soto, lupa tak ada suhun (tak tahu betul ke tidak ejaan ini atau sebutan ini). Macam dah lengkap, ada nasi impit, ada bawang goreng, ada daging ayam, dan ada telur. Lelaki...main sebat apa yang ada. Janji kenyang. Dah kenyang layan Hujan...Kejap. Saya buat makanan ini tak tahu nak sebut apa. Macam makan nasi impit dengan sup...tak meriahlah soto yang saya buat. Serba kekurangan.

Makeroni Maggi Goreng???
Macam mana nak susun? Maggi Makeroni Goreng? Atau Makeroni Maggi Goreng? Sebenarnya tengah nak update blog, si Hanif datang bilik sambil mulut dia berkata "Lapar, lapar,". Saya pula rajin nak masak. Ingat nak masak makeroni bakar. Tengok resepi... perghh!!! Banyak benda kena cari dan banyak benda nak buat. Kena masak ekspress sebab nak layan dotA malam-malam macam ini. Ada makeroni, ada Maggi, ada serbuk cili, ada bawang, ada gula, ada garam...sos tomato, kicap, sos tiram suruh Muse cari. Kung kang kung kang...siap! Saya pun tak tahu apa yang saya makan...


Ini sahaja masakan yang saya golongkan dalam kategori pelik dan unik. Ada lagi bakal menanti...

Rasa seronok bila masak. Rasanya cuti ini banyak masakan, kuih-muih yang saya dah tahu dan belajar. Roti canai (dah sebut sebelum ini), kuih keria, donut, karipap dan terbaru Pancake! Memang gaya Western makan macam ini untuk sarapan. Sihat sikit...

Sebenarnya masakan pelik-pelik dan unik ini terjadi apabila di dapur tiada sumber masakan, kemalasan, sejuk (alasan tak nak pergi pasar). Yang penting moral disini;

Sentiasa Berfikiran Kreatif Walaupun Anda Malas Dan Penat Sekalipun

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...