Rabu, Januari 09, 2008

Drama, Filem, Kartun...

3 benda berbeza, cuma nak cerita kehidupan hujung minggu aku baru-baru ini.
Hanya nak cakap 3 benda; Drama, Filem dan Kartun...

SHAUN THE SHEEP


Aku kalau pegang remote Astro (cerita masa balik Malaysia) mana ada nak tukar ke channel Disney ke, Animax ke, yang aku tahu Starsport, ESPN, Discovery Channel. Satu hari adik aku tak pergi tadika, sebab dia tahu abang dia ada kat rumah. Dia pegang remote control tak bagi aku tukar channel. Aku pun layan dia tengok Disney channel seharian, dan ini yang aku suka tengok dalam banyak kartun; Shaun The Sheep. Aku sedut cerita ini dari torrent, semua 40 episod. Tengok dalam masa setengah hari. Aku gelaklah seorang diri sambil Dause geleng kepala tengok aku macam ini. Mana taknya, cerita kambing tanah liat, tak bersuara, hanya pergerakan...

COFFEE PRINCE

Antara drama Korea yang masuk dalam list aku "Wajib Tengok". Aku tengok sebab ada minah ini yang setahu aku memang ayu. Alih-alih berlakon boleh macam lelaki!!! Antara sebab aku tengok cerita ini kerana ramai dah tengok. 17 Episod, sama dengan 17 jam... habis hujung minggu aku dengan drama ini...
Cublah tengok, kira berbaloi. Tak sampai tahap leleh air mata sangat (bukan macam cerita Korea lain). Dari 5 bintang aku bagi 4 setengah, sebab tak ada yang sempurna di dunia ini...



P.S I LOVE YOU


Sebab apa nak tengok? Bukan kerana aku tergolong dalam mamat bunga. Tapi kerana aku ada kawan yang mamat bunga. Dia baca buku ini, tengok khusyuk sangat baca...nak pergi klinik gigi baca, dalam bas baca, dalam subway baca...kalau dah tengok kawan kita seronok sangat mesti nak tahu apa isi buku itu kan? Alang-alang dah keluar di pawagam berhampiran. Sengaja nak pergi tengok pagi-pagi, nak set kepala nak jadi morning person. Kira antara tiket wayang terawal aku beli, pukul 9.10 minit pagi. Yang tak seronoknya masa tengok filem ini, semua yang datang dengan pasangan masing-masing. Tak kisahlah tua atau muda. Orang tua pun bawak bini dia sekali...aku seorang diri mencanguk tempat duduk paling strategik dalam wayang...yang penting ada popcorn temankan aku sampai habis. Ngam-ngam...



Itu sahaja aku nak cerita hari ini...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...