Selasa, Disember 18, 2007

Senja di Anjung Tinjau...

(Cerita ini diambil dari blog lama saya...proses pemindahan isi blog lama. SEKIAN)

Mata tak berkelip, termenung, terpaku pada kawasan pemakiran kapal terbang. Entah apa yang difikirkan dalam benak kepalanya, sehinggakan keadaan sekeliling yang hingar bingar tak merosakkan langsung renungannya itu. Lagaknya seperti memikirkan masalah negara, tapi dia adalah seorang budak hingusan, berbadan kering, rambut tampan disisir tepi, bersandal ringkas, seluar khaki warna coklat. Sekejap dia merenung kehadapan, sekejap menoleh kekanan, kekiri, bawah, atas, segenap ruang yang boleh dilihat. Apa yang dilihatnya hanyalah kapal terbang datang dan pergi, tak pun pembawa gerabak bagasi penumpang, atau yang lebih jauh lagi penumpang kapal terbang. Sesekali dia mengerut muka; berfikir; macam mana mesin seberat itu boleh di terbang dilangit? Macam mana membinanya? ...semua jawapan itu mungkin terbatas dek umurnya.
Dari posisi berdiri, beralih kepada dalam keadaan mencangkung. Mungkin letih, agaknya. Sesekali dia mengusap pangkal lututnya mengurut bagi menghilangkan kelenguhan. Beberapa ketika, satu keluarga datang hampir berdiri disebelahnya. Segala bait-bait perbualan diingatnya.
"Tu..tu..tu...kapal terbang nenek naik" seloroh maknya.
"Mana mak.." aju anak mak tersebut.
"Tu...tu.."
"Yang tu ker?"
"Hah, yang itu. Buat 'bye' 'bye' kat nenek."
Budak berbadan kering itu memandang geligat anak beranak tersebut. Memandang sinis, dia membilang ibu tersebut sedang menipu anaknya. Dia tahu kekadang ibunya juga menipu dirinya untuk menenangkan keadaan. Zahirnya memang dia kurang gemar, tapi apa yang boleh dilakukan. DIa hanyalah seorang budak. Budak yang baru nak mengenal dunia.
Dia kurang enak dengan adegan tersebut, beralih ke arah kanan Anjung Tinjau. Di sini pemandangannya jelas. Suasana hutan masih membelenggu ruang pelepasan. Di sini juga amat mudah melihat gaya pelepasan kapal terbang. Dia tersenyum. Inilah yang dia cari sekian lama tadi. Dia melihat dengan tekun setiap detik pergerakan dan berazam suatu hari nanti pasti ada peluang menaikinya. Khusyuk sekali perhatiannya, barangkali hujan ribut sekali pun dia tidak akan terlepas pandangan. Amat khusyuk! Setelah kapal terbang tadi hilang dari pandangan, dia mula beredar dari situ dan berharap bapanya akan membawanya dia ke situ pada masa yang lain...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Dan hari ini, malam kemerdekaan Malaysia ke-48, bukan seperti dulu; berkot hitam, bersongkok, kameja putih Dublin, tali leher John Master berada tersarung kemas ditubuhku. Aku tahu sekurang-kurangnya pengetahuan asas bagaimana sebuah jet boleh bergerak bebas di udara, dan bahan binaan yang dipakai. Dan untuk kali ketiga aku menaiki kapal terbang, pertama kali dengan tujuan yang berbeza!. Penuh dengan unsur-unsur sentimental malam itu. Agak bernasib baik aku duduk disebelah jendela pesawat. Aku merenung sejenak....Anjung Tinjau...melihat bayang-bayang diriku dulu yang kecil, sekejap berdiri, mengcangkung, khusyuk melihat sekeliling, atas, bawah, kiri, kanan, tanpa berkelip mata....aku nak cakap kat budak itu bahawa salah satu mimpinya menjadi kenyataan.

p/s: korang suma ada feel mcm ni kan? aku saje2 wat benda ni..hehe

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku nak komen, tapi aku sambong. ngehs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...