Isnin, Disember 17, 2007

Kopi sejuk...rokok, sebatang pen....

(Cerita ini diambil dari blog lama saya...proses pemindahan isi blog lama. SEKIAN)

Di bawah sinar lampu meja, tangan dengan sebatang pen, disebelahnya secawan kopi dan tak lupa sekotak rokok Marlboro...aku mencatit aktiviti cuti seminggu aku. Mungkin terlalu awal memikirkan zaman remaja aku, tapi itulah hakikat; manusia akan sayang benda yang hilang.....
Aku rindukan zaman aku yang dulu, dunia yang sentiasa aku berinteraksi dengan pelbagai orang tua, bukan mak aku, bukan bapa aku..tp seorang cikgu, cikgu Akaun. Berwajah bengis lagaknya, sentiasa membawa kotak rokok Benson. Dia sentiasa bercerita mengenai zaman remajanya kepada aku. Tetapi aku tidak seperti dia, penuh pengalaman, indah, pelbagai reformis...kritikan membina jati diri dia.
Aku...di bumi asing, disitulah zaman remaja aku, semakin hari, raut muka aku semakin tua, tenaga aku tidak seperti dulu, azam aku tak seperti dulu...tertiba lupa siapa diri aku...aku banyak berhipokrit. Aku dah mula bosan berhipokrit. Aku mula mencari identiti aku. Siapakah aku???
Aku dah mula mengenali sedikt demi sedikit...dulu aku hanya menangis merengek meminta sesuatu tapi hari ini aku menangisi diri aku yang sebenar...
Aku nak ceritakan benda yang tak pernah aku cerita tentang sifat aku, kuat marah. Aku rasa aku mungkin mewarisi benda ni dari bapa aku. Mungkin adegan gaduh dengan bapa sendiri senang dilihat di kaca televisyen tapi bagi aku tidak. Aku boleh memainkan peranan perilaku tersebut. Hidup aku memang tak boleh dikacau, kalau dikacau nahasla jawabnya.
Tapi itu dulu...3 takpun 2 tahun yang lepas. Aku dah semakin hari aku berusaha cuba. Sehingga Shidi selepas baca artikel perangai berdasarkan bulan dah hari yang dikarang oleh Datuk Fadilah Kamsah, dia cakap dalam nada perlahan " Adib tak suka marah marah..." . Percaya atau tidak dengan cerita aku ini...pandai-pandailah saudara pembaca sekalian memikirnya. Aku berhenti sekejap mengarang catitan cuti seminggu, aku luahkan dalam blog tentang luahan ini. Aku lihat kopi Nescafe dah sejuk, keadaan diruang tamu dah gelap, Fatah masih rancak dengan Tetikusnya. Shidi tak perlu aku bercerita apa yang dia sedang dilakukan. Boleh diagak...
Marah...boleh diubah sifatnya. Rokok, aku pernah berhenti dalam tempoh yang lama. Kalau hati ini ditetapkan, semua benda boleh diubah sekalipun susah seberat Piramid Giza!!! Aku dah mula nak tidur tapi sebelum tu aku buat susu kocak coklat (Sood ajar), kemudian aku capai sebatang rokok, keluar rumah,nyalakan...mula merenung malam sejuk Seoul....mengelamun tentang isi penulisan blog seterusnya....

p/s: syahme, ok tak dr dulu???? hohohoho

6 ulasan:

hanscorp berkata...

kita hanya perlu jadi diri kita sediri(walaupon kadang2 aku cakap jer lebat)..tp apabila kita buat sth yg dtg dr dalam diri kita tanpa perlu kita pk untuk puaskan hati org lain..kita akn dpt merasai nikmatnya..sbb hati2 manusia ni byk nak di puaskan..di jaga mmg x kan ader penghujung..akhir sekali kita yg merana..sebab org lain..

adek jebon berkata...

uisy adib..aku rase ko kalo bwat novel laris neh..aku pon bli satu nt..

MorGaN berkata...

woah.
tp kenapa msti ade rokok? orang2 selalu memilih rokok sebagai sejenis saliran. menyalurkan kemarahan, kekecewaan.. bla3. ada juga yg memberi alasan utk memanaskan badan. apa pun alasan mereka, rokok adalah pemusnah insan. bejuta lagi cara untuk menangani masalah sbg. kita manusia. kita bole kawal prilaku kita. kita saja yg tak mahu dan menguatkan alasan kita dengan fakta2 sains dan sbg. ambillah ia sebagai ujian. lebutkan hati. keraskan iman.

senah berkata...

lol adib..dh bes jer ayat2 ko tu..tp slack plak mse ko gelak hohoho kat bwh tu,trus hilang feel kesasteraan ko..hehe.. anyway..it's nice to read^^

-SyaHMe- berkata...

karya ko semakin mantap..

Super SHi berkata...

dib ko tak best (antagonis diperlukan. oleh sebab itu, aku jd antagonis dgn menyumbangkan komen negatif)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...