Ahad, Disember 16, 2007

Cakap Doktor Leh Caya Ker??!!

(Cerita ini diambil dari blog lama saya...proses pemindahan isi blog lama. SEKIAN)

Aku pernah menghidap lelah darjah 3 4 mcm tu la. Seksa aku, banyak benda berpantang. Tak leh minum air sejuk, makan tembikai sesuka hati, makan rambutan sesuka hati, bantal tak boleh guna kapas, kena minum ubat herba tiap2 pagi, makan madu....bla, bla...banyak sangat la. Nak keluar umah nak main2 ngan kawan tak boleh heavy. Tapi sebab ni badan aku tak segemuk macam ni. Boleh dikatakan kering gak la. Tapi yang best nyer ada penyakit ni, ko boleh skip PJ kalo nak, tapi aku x nak, kan aku dah cakap aku mmg minat PJ. Best giler, suma game aku nak main..haha. Doktor cakap aku x boleh berlari, nanti takut tercungap, kurang oksigen, boleh sesak nafas..lagi satu badan berpeluh giler dari orang biasa. Tapi aku wat terbalik apa yang doktor cakap.
Aku penah jadi wakil 100m rumah hijau tapi no 5 la masa darjah 6, 400m pun penah, korang tak caya kan kalo tengok keadaan semasa aku. Biasa la, tu kecik2 dulu, beza beb. Aku still makan ubat, sehingga waktu aku tak tahu aku berhenti makan ubat, letih la makan ubat. Lagi satu kecik2 aku x suka makan ubat pil. Sebab aku terfikir boleh mati tercekik kalo makan ubat pil (TV punyer pasal la ni!!!) So aku bukak pil tu aku letak ubat nya dalam sudu, aku minum...sebab tu pahit, kalo telan pil tak rasa apa2 sebenarnya.
So masa aku form 1, satu hari aku main street soccer kat sekolah aku, xda padang pun, so main la street soccer, main sepuas hati nak dekat maghrib, lepas tu makan, mandi. Tapi aku rasa pelik ari ni. Lepas mandi aku rasa sakit kat dada aku. Sakit sangat. Tak tau apa benda, macam menusuk. Malam tu gak aku demam. Masa prep tak boleh tumpu. So esoknya hari jumaat, aku minta nak balik umah sebab demam. Balik pergi la klinik panel aku, dapat ubat demam ngan batuk biasa la. Kahak aku warna putih jer.
Macam biasa lepas demam aku, aku balik asrama. Petang tu xda apa2 lagi, tapi malam tu perasaan pelik menyelubungi aku. Aku sejuk giler...sejuk teramat sangat. Dada aku pun sakit. Aku x pergi prep malam tu. Esoknya pun aku x pergi prep. So cikgu cakap aku demam mcm lain. Aku call family aku...Malam tu aku pergi hospital berhampiran kat Andalas, masuk dalam tu aku kena tahan wad sebab suhu badan aku 39 C...ni pun sebab penyakit lama...
Bila2 nanti aku sambung cite aku...sebab besok kita blaja pasal "Pernahkah Anda Terlantar Di Hospital?"....sekian

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sambung2..x sabar aku tunggu citer ko..siot jer buat blog cam wat cerpen bersiri..tp cam kacak(pinjam ayat ko) gak..

Tanpa Nama berkata...

sial...
bg la abih...
melat gila dgn '2 b continued'..

Tanpa Nama berkata...

aku pon ada penyakit lelah gak pastu doktor xbg bersukan teruk2 tp aku lepak je main segala jenis sukan..haha.bodohnye doktor nk suruh aku jd pasif..

Tanpa Nama berkata...

ngahs. adik aku pon dlu mse skola rendah teruk gile lelah n salu masok wad. tp dia ayam daging, x kering mcm ko. bile naik skola menengah dia main ragbi kaw2 tahap moksya. pastu skrg dia x pnah kne dah sampai la skrg dia f4. dan sekarang dia bukan lagi ayam daging. haha.. kontra la pulak. ngahs. org kate kalo kne lelah dari kecik bile besa bole baik. kalo kene mse mude remaja susah mau baik. rase2 nyeh doktor x pnah tipu aku. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...