Selasa, Disember 18, 2007

Imiginasi dari sebuah kartun...

(Cerita ini diambil dari blog lama saya...proses pemindahan isi blog lama. SEKIAN)

Pernah anda melihat adik anda bangun tidur terus mencapai alat kawalan jauh televisyen dan menonton televisyen sehingga ke tengahari tanpa menghiraukan sarapan? Bagi diri penulis, benda bukan asing kerana penulis pernah melakukannya kerana kagum dengan watak,keunikan karektor superhero.
Penulis dilahirkan pada tahun 1987, dan sudah tentu kartun-kartun seperti Transformer, Voltran, Beast Wars, Gundam pernah ditonton dan masih terlekat di minda. Ketika itu juga bukan majalah Manchester Utd Magazine yang ada ditangannya, hanya beberapa komik dan majalah yang dikenal zaman kecilnya. Contoh, majalah KAWAN...pernah menangis kerana tertinggal satu keluaran...DORAEMON...pernah merengek jika dipinta suruh dibeli tapi tidak dibelikan.
Barang mainannya bukan seperti rakan-rakan sebaya yang lain, model kereta, yang paling murah pun model robot Power Rangers...model ini penulis hanya dapat memasangnya menyentuhnya di rumah kawannya. Apabila dia dapat menyatukan 5 robot menjadi robot gergasi...kepuasan memang mudah dilihat dimuka penulis. Tapi penulis tahu itu bukan milik dia... dia mampu tersenyum
Penulis tahu kalau diajuk kepada ibunya suruh membeli permainan sebegitu rupa...penulis tahu apa jawapannya. Akan tetapi penulis masih menagih pengisian imiginasinya. Yang hanya mampu dimilikinya, yang menjadi rakan tidurnya adalah lego murah...dengan harga RM 3, dia boleh dapat logo hampir suku baldi. Kalau dibelinya RM 10...mungkin terlalu banyak dihitungnya. Dari blok logo merah, hijau, kuning, putih, biru, penulis mencipta kapal, penulis mencipta kapal angkasa, penulis mencipta jet pejuang, helikopter..yang paling penulis sayangkan ciptaannya...Jet Pejuang Anakin Skywalker dalam filem STAR WARS...tak la sebegitu rupanya, tapi semua itu adalah imiginasi penulis.
Penulis juga pernah memanjat tembok rumah, dan hampir jatuh. Kenapa? Komik Doraemon mengajar uji keberanian melalui ujian berdiri atas jalur karpet dan tembok. Penulis tak pernah terfikir keadaan masa depan, zaman purba, apa yang ada pada masa lepas, kenapa terjadinya pulau, bagaimana terbentuknya petroleum....penulis dapat memahami melalui Pengembaraan NObita Bersama Rakan2nya....
Penulis sehingga hari ini tak dapat melupakan zaman kanak-kanaknya, kerana zaman kecilnya, dia menjadi sebegini, seadanya. Kartun, komik, ditambah lagi anime, filem, drama...dia masih menagih sebuah imiginasi.
**************************************************************************************
Argh...dah lama tak tulis blog. Haha..tunggu nanti. 84!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...