Selasa, Disember 18, 2007

Kerana secebis keegoan lelaki....

(Cerita ini diambil dari blog lama saya...proses pemindahan isi blog lama. SEKIAN)


Siapa lelaki? Adakah lelaki memang terkenal dengan egonya? Jawapannya YA...dan aku adalah lelaki dan aku tahu siapa dir aku. Mari kita baca cerita di bawah, aku nak tunjukkan bahawa lelaki memang ada sedikit ego. Bak kata Haikal@Mondok tu sendiri, EGO tidak boleh dibuang, tapi boleh di kawal...

Lelaki ibarat seorang penyelamat, hero kepada wanita disayangi dia. Dia tidak akan membiarkan sesiapa menggangu si jantung hati dia. Dan leboh dari itu, dia cuba dari kemampuan dia untuk melindungi dan memuaskan perasaan kekasihnya. Dan apabila kekasihnya memberi kepercayaan, perkara mustahil boleh diatasinya. Ini adalah disebabkan kuasa atau peranan besar perempuan kepada lelaki (KEPERCAYAAN).Bila dia dipercayai, dia akan cuba untuk memberi perhatian kepada wanita yang dicintainya. PERHATIAN adalah keinginan wanita!. Oleh itu, apabila si lelaki tadi tidak dipercayai, dia berani mengatakan dia tidak bertenaga, hidup ini tak berguna dan padahnya pada perempuan itu, lelaki tadi akan berhenti memberi perhatian.
Bayangkan si Lelaki ini berjalan bersama pedangnya ke hulu suatu kampung. Tiba-tiba dia terdengarsatu suara Perempuan meminta pertolongan. Lelaki akan bertindak, memacu kudanya dengan pantas. Si Perempuan tadi telah dikacau oleh seekor naga yang besar. Tanpa memikirkan keselamatan dirinya, Lelaki tadi terus menghunus naga dan akhirnya mati. Lelaki ini disambut baik oleh Perempuan, dan Perempuan ini mengganggap si Lelaki adalah penyelamat dia. Maka bermulalah bibit percintaan antara mereka. Disini wujud sifat DIPERCAYAI oleh lelaki dan DIBERI PERHATIAN oleh perempuan.
Selepas sebulan, Lelaki ini mengembara. Sedang dalam perjalanan, Perempuan menjerit
sekali lagi meminta pertolongan. Naga datang kembali. Seperti biasa, Lelaki ini bertindak dengan pantas akan tetapi sebelum mengeluarkan pedangnya, Perempuan ini berteriak. "Jangan gunakan pedang. Potong pokok!". Perempuan ini memberi arahan apa yang perlu dilakukan dan Lelaki ini mengikut tanpa membantah. Dan akhirnya naga itu mati.
Ketika meraikan kejayaan tersebut, si Lelaki rasa diri dia adalah lemah. Dia melakukan apa yang disuruh Perempuan dan tidak mengeluarkan pedangnya pun. Lelaki merasakan kejayaan itu bukan kejayaan dirinya dan merasakan Perempuan itu kurang percaya pada dirinya. Bermulalah tekanan pada dirinya.
Selepas sebulan, Lelaki ini sekali lagi untuk mengembara. Dan sekali lagi, dalam perjalanan, naga datang menyerang. Lelaki ini akan cuba membunuh naga samada menebang pokok tidakpun menggunakan pedangnya. Lelaki ini bingung. Cara yang perlu dipakai untuk membunuh naga? Ketika cuba berfikir, Perempuan menjerit suruh menggunakan racun untuk membunuh naga. Perempuan itu memberi racun, dan lelaki menggunakan racun tersebut membunuh naga. Dan naga itu mati. Semua orang gembira, tetapi Lelaki terlalu malu dengan kejadian tadi kerana bukan dirinya sebenarnya membunuh naga.
Selepas sebulan, Lelaki ini mengembara ke daerah lain. Setibanya disana, seorang Perempuan menjerit meminta pertolongan disebabkan naga menyerang. Lelaki ini menjadi bingung. Apa yang perlu dipakai untuk membunuh naga tersebut? Dia berfikir sejenak...
Sebelum ini dia berjaya menbunuh naga dengan hanya pedang ditangan sahaja. Kenapa dia memerlukan bantuan orang lain? Lelaki ini percaya pada dirinya dan sekali lagi berjaya membunuh naga dengan pedangnya. Semua orang bergembira, dan lelaki tadi tidak seperti sebelum ini. Dia bangga membunuh naga tersebut dengan pedangnya demi Perempuan lain.
Lelaki ini mula tertarik pada Perempuan ini pula. Lelaki ini percaya Perempuan ini PERCAYA pada kemampuan dirinya.Mereka hidup dengan gembira. Lelaki ini pula menyorok dan tidak akan bagitahu bahawa ada cara lain boleh membunuh naga.

Menarikkan? Ini kerana adalah disebabkan secebis ego. Walaupun Perempuan sebelum ini cuba menolong masalah Lelaki tersebut, Lelaki ini dengan mudah meninggalkan Perempaun tersebut. Disebabkan apa? Lelaki dan Perempuan adalah 2 kareoktor yang berbeza. Yang boleh disimpulkan disini...
1. Lelaki menginginkan KEPERCAYAAN dari hubungan, dan wanita memerlukan perhatian dari hubungan itu sendiri.
2.Memberi bantuan untuk membantu masalah yang dihadapi lelaki adalah kesilapan terlalu besar Perempuan. Sokonglah apa yang sedang dilakukan dan kalau anda masih cuba ingin menolong, gunakanlah ayat yang bernas....

P/s:(Hasil pengalaman aku dan bacaan aku dalam 3 bulan ini)............

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekarang aku dah faham..
patutla aku x pernah berjaya..
terima kasih adib!

Tanpa Nama berkata...

menarik..tula sifat lelaki...

Tanpa Nama berkata...

OOO..begitu..p2tla aku kna tgl jek..hoho

Tanpa Nama berkata...

walaupon contoh naga ngan pemuda tu aku rs cam kurang enak..tp point dia sampai..the point is lelaki ader ego dan x mudah untuk menundukkan ego seorang lelaki..tp kerana seorang perempuan(bkn sbrg perempuan) tp perempuan yg benar2 dia cintai lelaki sanggup buang ego..am i rite?

Tanpa Nama berkata...

owh...gi2 yer???
erm..br la aku tau..

Tanpa Nama berkata...

tu r...x nak tau apa yg berlaku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...