Selasa, Disember 18, 2007

Kadangkala lelaki mahu bersendirian...

(Cerita ini diambil dari blog lama saya...proses pemindahan isi blog lama. SEKIAN)

Satu hari aku berchatting dengan kenalan lama di YM(Yahoo Messenger), dia bertanya mengenai lelaki, kerana dia ingin memahami kenapa lelaki kadangkala berada dalam 'bad mood' dan apabila ditanya teman lelaki akan menjawab "Tak ada apa-apa. Tak ada masalah. Jangan risau...". Dan dia berasa teman lelaki dia ada masalah dan tidak mahu berkongsi bersama, dan ini mencurigakan dia!
Opps lupa nak bagitahu, kenalan saya ini adalah perempuan. Dia berasa hubungan ini macam tidak selamat dan apabila dia mendesak teman lelaki dia marah! Barangkali pembaca sekalian yang ada pengalaman berpasangan pernah melalui situasi ini...
Dan jawapan dari saya.....
Lelaki ini bukan seperti wanita. Wanita boleh terus memberi kasih-sayang, kepercayaan atau apa-apa saja secara berterusan, tapi lelaki tidak seperti itu.Setiap manusia akan melalui masalah. Apabila lelaki berhadapan masalah, dia akan cuba menyelesaikan masalah sendiri tanpa bantuan orang lain sekalipun wanita bersebelahan dia!!! Sebab apa? Ada menyatakan sebab ego takpun tidak mahu menyusahkan sesiapa yang rapat dengan dirinya.
`Apabila ini berlaku, lelaki akan cuba menjauhi daripada "dunia luar" untuk seketika dan duduk bersendirian menyelesaikan masalah. Situasi ini mudah saja dikenalpasti. Contohnya, dia setiap hari memberi mesej, panggilan telefon untuk bertanya khabar atau lebih hebat lagi berjumpa. Sampai satu masa dia berhenti melakukannya. Wanita akan bertanya,"Apa yang berlaku?" dan wanita akan mula risau tentang hubungannya. Sebagai lelaki, saya memberi jaminan yang saya pasti akan membuat perkara sama. Dan apa yang perlu dilakukan oleh wanita?....cuba saranan ini adakah akan ia membantu anda saya tak berani jamin kejayaannya...
1.Jangan mendesak menceritakan masalah dia. Lelaki tidak seperti perempuan boleh meluahkan perasaan dengan senang....
2.Kalau masih bimbang, beritahulah, kalau dah selesai masalah tersebut datanglah pada saya.
3.Sokonglah apa yang dia tengah lakukan contohnya kalau dia seperti belikan dia kopi, gula-gula, cakaplah benda ini sekurang-kurangnya menolong dirinya.
4.Buatlah benda yang diri sendiri suka. Abaikan apa dia tengah buat. Bagi dia masa (ini mak aku pesan, kalau bapa aku tengah rungsing, jangan dia tanya macam-macam)

Bagilah sedikit masa untuk lelaki untuk bersendirian,tak rugi. Percayalah.....

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku suka bersendirian...hehehe

Tanpa Nama berkata...

mmg r...aku pun sama..tp x leh gak asyik bersendirian..x berckp susah plak

Tanpa Nama berkata...

aku x pon..hoho

Tanpa Nama berkata...

aku pon x..

Tanpa Nama berkata...

haha...x semua mcm tu

ghades pelik berkata...

kagum,pertama kali seorang lelaki menjawab pertanyaan seorang perempuan dgn jawapan y ta mengecewakan.tak semua lelaki mampu memberi jawapan sebernas ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...