Ahad, Disember 30, 2007

Roti Canai dan iPod

Roti canai...terliur kalau kita berada kat negara orang nak makan benda yang sama yang ada kat negara kita. Tapi siapa sangka ada dikalangan kita pandai menebar roti canai, membuat keria, masak nasi lemak...kreativiti tiada batasan! (Saya anggap benda yang berkaitan dengan masakan in adalah seni). Semua itu perlu bermula dengan hati, kalau nak buat, kenalah buat, baru ada hasilnya. Macam pepatah Korea;

마음만 먹으면 다 할 수 있으니까...

Kalau ditekadkan hati ini, semua benda boleh dilakukan


Saya rasa ini yang sesuai kalau nak dialih bahasa. Kalau diterjemahkan secara membuta tuli mungkin agak pelik bunyinya. Sebenarnya tengah bosan hari ini, Jihad suruh update blog. Terkeluar pula idea nak cerita pasal perkara yang berlaku 2 3 hari lepas. Tengok gambar ini, walaupun tak macam roti canai kedai mamak, tapi inilah roti canai yang jadinya. Adunan tepung oleh Acap, penebar oleh Naim, yang masak Aiman. Saya buat apa? Saya tangkap gambar, curi-curi makan dan buat kuah sardin. Hihi...


Uli-uli tepung, lenyek-lenyek tepung, tebar-tebar tepung...



Yang telah siap diuli, siap sedia untuk masuk kuali...



...dan jadilah hasil seni yang dinamakan roti canai!



Dalam beberapa hari ini saya bermain-main dengan iTunes software yang ter'latest'. iTunes yang terbaru dibuat berdasarkan iPod Nano Third Generation. Agak kacak dan terlalu kemas! (Apa yang kemasnya??). Dah lama saya pakai iPod Shuffle, dan sudah masanya nak tukar kepada iPod yang terkini. Ceh, macam tukar baju beli iPod. Hihi...
Rasanya dah hampir 3 malam saya susun lagu dalam iTunes dan buat sedikit perubahan serta masukkan beberapa Artwok kedalam beberapa lagu berformat MP3...

Lepas ini kalau ada iLuv, iPhone, MacBook...pergh, kehidupan Apple...(Angan kosong)
Sanggup korbankan tidur winter pergi Yongsan dengan Anip semata-mata nak beli iPod. Paling lawak semalam, tercabut wayar connection USB masa tengah charge iPod. Nak reset tak tahu, suruh Anas, dia tak boleh buat juga. Kena tunggu iPod habis bateri baru boleh reset balik...


iPod saya tengah charging, selamat tinggal iPod Shuffle...

2 ulasan:

SyaHmE berkata...

macho gler dah beli nano baru..
nak jugak.. =((

dandelinoid berkata...

haha....
ipod yg paling aku syang
ada artwork, suma lagu aku letak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...