Khamis, Disember 27, 2007

Krismas, Kopi, Keria

Secara tiba-tiba ada idea nak tulis cerita, Krismas, Kopi, Keria...3K! Ada kaitan semua benda ini kat aku pada minggu pertama cuti semester edisi sejuk dan ke-BOSAN-an! Mari kita kupas isu 2 benda ini...

Krismas
Malam Krismas di Korea adalah salah satu malam yang agak sibuk, meriah dan terang-benderang. Mana taknya, lampu dipasang bersepah-sepah...pelbagai bentuk...sebenarnya tak benda nak buat malam-malam macam ini. Pak Nab ajak jalan malam Krismas, kata dia nak tangkap gambar...aku saja 'follow' dia. Minta maaflah tak dapat letak gambar di sini, sebab tak upload lagi. Lagipun Pak Nak sekarang berada di Jepun melawat kawan dia disana. Manusia memang ramai, memang sesak. Kami dah tak tahu nak buat apa, kami singgah Kyobo Bookstore. Aku tak adalah cari buku, cuma bagi komen kepada kawan-kawan aku yang nak beli buku. Aku ada satu buku yang aku beli belum baca. Terasa membazir pula kalau beli buku baru sekarang.

Kopi
Kopi, kopi, kopi. Banyak aku abadikan minuman kegemaran aku dalam blog aku. Aku rasa dalam tak sampai seminggu aku dah singgah Coffee Beans berapa kali entah. Dah rasa minum kopi di kawasan membeli belah Myeong Dong, kawasan elit City Hall dan macam-macam lagi. Malam Krismas hari itu, tengah jalan-jalan 'area' tu, jumpa kedai Roti Boy...haha. Sedap betul makan waktu sejuk-sejuk macam sekarang ini. Sambil minum kopi lagi. Minum kopi kat City Hall bagi aku, perasaan macam tak 'best'lah. Sebab terasa kita macam kambing hitam dikelilingi kambing putih. (Tak ada frasa yang sesuai nak menggambarkan perasaan). Yelah, kita pakai seluar kakis dengan baju winter ala-ala belon sikit dikelilingi manusia berpakaian kot, seluar slack, kasut kilat, dan ada dikalangan mereka memakai skaf di leher...baik minum kopi tingkat 4 Coffee Beans di Myeong Dong.

Keria
Aku dah banyak 'post' testimonial, buka 'tread' pasal donut dan keria. Minta maaf pada group Korean-Eight Batch, Batch 85 Korea, dan Korean Programme Batch 67 sebab buka 'tread' yang bukan-bukan. Donut dan keria adalah 2 benda yang berbeza...yang sama hanyalah bentuk; ada lubang ditengah. Itu sahaja. Semalam (kalau tak silap) Anas beli keledek. Aku tanyalah nak buat apa. Anas balas balik "Buat keria la"...Haha, aku saja nak masuk geng masak hari ini sebab nak tahu buat keria, Sood dengan Anas dikira 'macho' jugalah buat keria. Aku memang 'noob'!

Lagi berapa hari nak tahun baru. Aku tak kisah pun, cuma yang aku kisah...aku rindukan hari-hari sibuk aku. Kalau kamu semua nak tahu, hari ini aku bangun awal dengan niat nak pergi solat Jumaat. Tapi rupanya hari ini hari Khamis...

Yeah! I'm a Morning Person today!

3 ulasan:

zarqazone berkata...

krismas? x rase sgt kat mesia...

kopi? x suke x suke x suke...

keria? dah lame x buat and x mkn...lalala...

dandelinoid berkata...

aku x paksa sesiapa komen yer
harap cik zeeya komen dgn hati yg ikhlas

zarqazone berkata...

bunyi komen aku macam x ikhlas ke?
T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...