Pada tahun ini Raya Haji di Korea jatuh pada hari mengundi untuk Presiden Korea yang baru. Maka ramai-ramailah berpusu-pusu warga asing memenuhi ruang masjid. Sebenarnya ini kali pertama saya bersolat raya di sini kerana Kedutaan Malaysia sentiasa menganjurkan program solar sunat bersama-sama kesemua pelajar Malaysia.
Nasib baik Pak Nab (presiden 'batch' saya) telefon saya awal pagi, kalau tak macam tahun lepas...tuang. Mana boleh tahan cuaca sejuk, nak tarik selimut. Kali ini saya tekadkan hati nak pergi takut kalau tak buat lagi, dah hilang kemanisan Hari Raya itu sendiri.
Lihatlah gambar dibawah ini. Keadaan yang agak ramai dengan warga-warga asing beragama Islam. Di sinilah juga kita dapat mendengar takbir raya berbagai versi. Tak keterlaluan saya cakap takbir mereka lebih gah, tanpa alunan-alunan yang lembut macam negara kita. Apa-apa pun saya masih rindukan takbir seperti di Malaysia...mungkin ada unsur keinsafan disitu.
Selepas habis solat, Zul ajak saya dan Paknak pergi ke Kedutaan Malaysia. Katanya nak makan. Saya kalau bab makan ini memang tak boleh tolak. Biasalah....Duduk kat rumah Sarjan (nama sebenar tak ingat!), duduk sembang politik kita memandangkan hari ini hari pilihanraya umum Korea kan. Tengah sembang-sembang datanglah pula seorang tentera, sambunglah cerita pasal dia jadi tentera pengaman kat Timor Leste. Saya memang dengar perbualan itu, tapi saya lebih terfokus kat mee sup sambal. Sedap. Lagi-lagi cuaca sejuk macam sekarang ini.
Balik rumah, buka baju, tidur sepuas-puasnya. Sebenarnya saya dah cuti secara tak rasmi, tapi esok kena masuk bengkel kereta sebab tak habis kelas pasal enjin. Malam ini kenalah buka nota sikit...
4 ulasan:
hmm,budak pandai.... anyway, congrats sbb dah starts blogging again...ye la, kan ari tuh ter"stuck"....
(akhirnya,dpt jugak aku jd org 1st yg cmmnt post ko nih... kui3)
lol...lwk giler nk jd org 1st ha
suke ar... sesuatu xkan berakhir tanpa permulaan... x sasal...
kagum melihat masjid itu
Catat Ulasan