Sabtu, Oktober 06, 2007

Salah ke kalau saya memilih...



Begitu kebudak-budakan aku dengan gaya bergambar macam tu...haha. Terima kasih kepada En Haikal Samsudin yang ajar aku nak upload gambar. Sekali lagi nak ucap terima kasih kepada Ustaz Kamil Halim yang sedikit sebanyak membantu mewujudkan blog ini. Asalnya saja-saja nak buat blog, tengok macam dah menjadi satu trend. Tengah-tengah nak tunggu cerita aku download nak siap, dengan gatalnya tangan aku klik sana, klik situ, sampailah aku tekan www.blogspot.com...haha. Dah hampir 2 jam aku dah siap blog aku dengan tema "Black". Aku suka blog cerah-cerah macam warna putih tapi setelah 'usha-usha' ramai pula yang menjadikan putih sebagai tema blog masing-masing. Sebelum ini aku terbaca blog kepunyaan saudara Azri Idzuandi atau gelarannya Ayie, dia menggunakan tema "Black And White"...perkataan pertama yang keluar dari mulut aku "cool!".

Kenapa saya suka warna hitam?
(Macam iklan petronas "Kenapa saya suka rumah saya tapi dengan gaya serius bukan gedik-gedik)

Sebenarnya aku tak suka warna hitam. Walaupun iklan-iklan sering memaparkan ke"kacak'an kehitaman, aku masih tidak memilih hitam menjadi warna kegemaran. Aku sebenarnya suka warna hijau. Maka janganlah disalah anggap bahawa aku suka warna hitam pula. Kan ada caption kat bawah pasal KEHITAMAN...tu aku ambil dari satu majalah REMAJA kalau tak silap aku (Aku sebenarnya tak suka majalah REMAJA, sebab banyak sangat unsur-unsur yang bermain dengan psikologi).

Satu dunia memang pasti akan cakap hitam itu ada kaitan dengan kegelapan, kejahatan, kejahilan, ketandusan...sebab itu zaman ke-bodoh-an Eropah dikenali sebagai zaman Gelap, dan gelapitu secara automatiknya adalah hitam. Kalau bermain 'games' ke, yang jahat dapat title "The Darkness"...tahula band British The Darkness tu tak betul (tak ada kaitan)...kalau tengok filem-filem seram ker mesti nak gelap macam Sleepy Hollow, filem bunuh-bunuh kena tempat gelap macam filem bersiri SAW. Kalau drama melayu pula, kalau hisap dadah kat lorong kegelapan.

Apa-apa aje lah!

Yang penting dunia masih ada keseimbangan. Kalau populasi seluruh dunia ini nak warna putih atau yang funky, terang bak kata bahasa pasar disini...warna striking...habis siapa nak pilih hitam? Kalau nak pergi gig mesti pakai baju hitam baru layan. Takkan nak pakai tie pula? (Dialog dalam drama KAMI..tengoklah...best!)
Apa-apa pun, tak kisah la dia hitam ke putih, atau dia suka warna itu dan dia suka warna ini...yang penting kita tak racist!

Ini aku kepilkan lirik A.C.A.B (All Cops Are Bastard!), band budak skin-head...entah masih hidup atau tak, tapi lagu dia masih diingati peminat underground macam En.Shi kita, lagi satu, gambar tu...hero macam Batman pun suka hitam kan? Tak semestinya hitam tu jahat kan? Kan? Kan...(siapa yang paham pasal kan kan ni jangan kecoh pula)

racial hatred everywhere
life are threatened and live in fear
some people just don't care
see the destruction and despair

don't you know you're just the same
you are live in the same game
theres nothing to judge by the colour
and nothing to win by hating each other

so yellow, brown, black and white
stop racial hatred and start to unite
UNITE!

3 ulasan:

aizawa berkata...

walaupun aku suka warna putih, tapi aku suka je hitam. lagipun hitam itu komplimen kepada putih. semua dalam dunia ini related. setiap sesuatu ada pelengkapnya. benar?

btw, aku tak sure la batman suka hitam ke tak. sebab apa yang dia pakai semua idea pelukis komik koloberasi dengan scriptwriter. ahaha

Tanpa Nama berkata...

hehe..batman suka hitam sebab kelawar tu hitam, batman=manusia kelawar.. ada kelawar warna putih ker? x pun merah jambu? jadi topik la warna kesukaan batman tu apa....

blurryfella87 berkata...

aku suke je kaler hitam..
takde ape2 pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...