Sabtu, Oktober 04, 2014

Cerita modal RM100.

Rasanya, dah 2 tahun lebih aku jadi ejen.


Masa kecil aku, setiap kali pulang ke kampung atuk aku akan bagi wang saku. Wang untuk aku belanja di asrama. Kadangkala, RM10. Boleh jadi not RM50, bila mula buka sekolah.

Aku budak, nilai wang ini tak bernilai sangat. Aku dapat, bukan aku hanya perah keringat untuk dapatkannya.

Bila aku hendak sambung belajar ke Korea, atuk aku bagi juga wang saku. Nilainya hanyalah berapa ratus. Tapi kalau ditukar ke won - berapa lah nilai wang itu. Sedikit, tapi bagaimana pula insan yang cuba mendapatkannya.

Tapi, ada satu pemberian yang sangat-sangat bermakna.

Bila aku kata, aku dah berhenti jadi jurutera dan aku pilih insurans sebagai gelandangan mencari rezeki Tuhan - ada reaksi berbeza; dari keluarga, dari kawan, dari sahabat.

Aku pulang kali pertama ke sini, selepas menjadi full-time. Atuk aku beri not RM100.

'Buat bisnes elok-elok. Ini sahaja boleh tolong.'

Aku tenung. 

Erti bekorban tidak semestinya, menyembelih lembu atau kambing. Perlu pengorbanan untuk lihat orang lain berjaya. Perlu pengorbanan untuk diri kita berjaya.

************

Aku naik ke atas, atuk aku lelap depan TV. Bila aku snap gambar ini, aku teringat not RM100 tu. 

Hujan buat aku sentimental.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...