Jumaat, November 15, 2013

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. (KWSP) atau Employee Proficient Fund (EPF)

Pagi ini hujan kat area rumah aku. Aku rasa hampir setiap hari hujan. Bilik aku ini memang tak ada tingkap, tak boleh menghakimi cuaca luar. Luar panas, aku sejuk je. Luar sejuk, aku biasa je. Tak tahu apa-apa!

Dari pagi tadi, selepas itu rasa nak mandi pukul 6:30 sampai lah waktu sekarang - aku bertuala!

Tajuk kupasan ilmuan pagi-pagi ini mengenai tajuk di atas.

Memandangkan aku tak bekerja dengan sektor industri, memang tak adalah caruman KWSP/EPF ni. Memang tak ambil pot sangat. Tapi, dalam akaun aku - lebih kurang ada nak dekat RM20,000. Masalahnya, aku nak keluarkan bukan boleh keluar sesuka hati - aku kena tunggu aku sakit ke, nak beli rumah ke, (banyak syarat) dan yang paling lawak aku kena tunggu umur aku pencen.

Menggile. Aku nak pencen sekarang pun boleh!



Maka, itulah yang baca untuk hari ini. Hmm.

Pernah aku masuk kelas Investment Vitals, ada seorang makcik Cina punyalah bangkang pasal EPF ni. "Tak menguntungkan, dan our government use our money to build their wealth!"

Aku pun rasa macam itu, sama macam kat US 401(K) Fund tu.




[Lesen kereta aku hilang!]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...