Khamis, November 14, 2013

Berbekam kali pertama seumur hidup.

Selepas aku diwar-warkan kawan aku supaya berbekam. Mana tidaknya, tengok muka aku lesu, gaya malas, dan tak semangat.

Mula-mula pergi urut badan. Sebenarnya aku nak urut kaki aku sebelah kanan. Bahagian betis aku, selepas aku berada di gelanggang futsal sejam - terasa macam kejang. Kejang lain macam.

Maka, semalam aku berbekam.


Mula-mula aku nak buat kaki je. Ye, memang betul. Bahagian kanan kaki aku darah pekat keluar bermaksud perjalanan darah tak lancar.

"Bang, tak nak buat overhaul sekali ke?"

Tengah layan TV sambil bekam, apa dia overhaul. Rupanya bekam satu badan. 

Aku bagi peluang.

Pagi tadi aku bangun lain macam. Kali pertama berbekam satu badan, memang macam-macam ada. 

Aku nak buat lagi. Lepas ni aku akan rasa cerewet jaga makan.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...