Jumaat, November 08, 2013

Ini sebenarnya kebiasaan bagi aku, menepis.

Hmmmm.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama aku disuruh berkenalan dengan perempuan. Dan ini bukan kali pertama aku disuruh fikir-fikir.

Nenek aku, agak konsisten dalam memperkenalkan perempuan kepada aku. Aku ulang - secara konsisten. Bukan calon dia yang ditawarkan orang biasa, tapi seorang yang luar biasa. Lebih dari ekspetasi aku kadang kala. Sangat.

Biasanya, hanya bila aku berdepan dengan nenek aku, baru sahaja perbualan mengenai 'cucu', 'kahwin', 'berumah tangga', 'girlfriend', 'bakal bini', 'isteri' dan 'bila nak menimang anak ni' akan menjadi topik...

Ini adalah alasan besar kenapa aku agak keberatan nak melawat nenek aku ni. Serius. Agak keberatan.  Aku lebih gemar melencong ke Playstation, bermain sehingga aku berpeluang untuk pulang ke rumah semula. Tak tipu. Itu selalu aku buat.

Jadi hari ini, secara konsisten.






Mak aku sendiri sebenarnya sukar nak ubah keputusan aku. Terima kasih pada mak aku sendiri, aku dididik untuk membuat keputusan sendiri. Kalau YA, Ya-lah jawapannya. Aku tak suka, pada ketidakpastian. Aku tak suka orang yang ragu-ragu.

Untuk jawapan ini, aku tahu jawapan aku.

Cuma, bila berdepan dengan nenek aku sendiri, aku cuba berkata dengan baik-baik. Susah wei nak cakap dengan orang berumur dan lebih makan garam, apatah lagi mereka menggunakan alasan lebih berpengalaman.

"...nenek tahu, dia ni budak yang baik..."




Bukan masalah baik, jahat. Cantik atau buruk. Masalahnya, aku tutup hati aku sendiri. Aku nak jaga hati aku sendiri, aku nak jahit luka hati aku sendiri. Aku nak 'protect' hati aku. Aku nak balut, basuh dan tutup luka.

Kalau dah sembuh, baru aku beritahu pada dunia yang aku bersedia.

Bukan sekarang, jawapannya.

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berdoa supaya Allah jaga dan lindungi hati kita dari dilukai dan disakiti kerana cinta manusia. Dan berdoa supaya Allah bukakan hati dan lembutkan hati untuk menerima seseorang sebagai isteri. Sebab hati dan perasaan kita tu milik Allah.

happycloud berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
han_eba berkata...

gelak kot baca benda kat atas tu hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...