Sabtu, April 06, 2013

Love is spontaneous.

Agak menyepi, kemudian kembali dengan kupasan berat. Ceh, bajet hot.




Aku seorang yang masih begini. Masih belum berkahwin, kehidupan yang penuh tunggang-langgang tapi impian aku masih tinggi. Terlalu tinggi. Tapi, masih berminat kupasan tentang - cinta.

Ya. Aku pernah dilamar, dicucuk sikit demi sedikit supaya aku diberi peluang mengenali orang itu. Tapi aku kekadang menolak dengan mentah.

Aku bukannya seorang yang mudah jatuh cinta, tapi aku mudah untuk jatuh 'suka'. Apabila kelibat perempuan lalu dihadapan aku, boleh sekali aku lafazkan, "Aku suka dia!". Jangan tuduh melulu, aku kadangkala suka atas sebab gaya bertudung tiga segi, atau mengenakan tona warna baju kurung warna lembut. Aku suka juga wanita mengenakan jubah ringkas, tapi tidak sarat dengan aksesori di leher.

Tapi aku bukan jenis yang mudah jatuh cinta...

...tapi jatuh cinta adalah sesuatu yang spontan.

Konsep suka, adalah ada sesuatu yang tertarik diri kita pada satu benda. Misalan yang aku katakan, suka pada gadis memakai baju kurung dengan tona warna lembut.

Cinta adalah sesuatu yang sukar digambarkan - tak ada sebab.

OK.

Kemudian, aku luahkan perasaan cinta aku pada si dia.

Ya, aku luahkan. (Sebagai contoh)

Si dia akan bertanya, "Kenapa awak cinta kat saya?"

Aku katakan tiada.

(Sumpah, tiada langsung)

Tapi jawapan itu tidak memuaskan hati wanita.

Akhirnya, aku menipu.

Aku cintakan dia atas sebab aku selesa bercakap dengan dia. Aku suka tahi lalat pada pipi sebelah kiri dia. Aku suka gaya tudung yang di pakai. Aku suka intelektual dia. Aku suka muka dia bila penat. Aku suka.... aku suka....










Sebenarnya, cinta adalah sesuatu yang spontan.

Aku tak ada sebab untuk mencintai seseorang. Kalau sebab rupa, tapi bila tua bagaimanakah perasaan cinta itu?

Dan kalau kita bercinta dengan perempuan cantik, sebenarnya kecantikan itu adalah bonus.

Sebab kita tak tahu apa maksud cinta yang sebenar.






Menggodak susu di tengah malam Sabtu, menghirup susu Anlene selepas menulis blog bukanlah pilihan yang tepat. Tapi itulah peneman yang sempurna, seksi untuk malam Sabtu - mengharungi dengan solo dan sensasi.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Linlin berkata...

mcm suka qi razali y bjambang tu. x tau suka sbb ap. mybe sbb kurus?

hebat lah minum anlene!

han_eba berkata...

dah sampai waktu nanti, ada laaah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...