Khamis, Disember 27, 2012

Kehidupan tanpa "BACKSPACE"

Setiap peluang tak semua insan di dunia mampu sambar. Ia perumpamaan seperti helang yang berlegar-legar di atas laut. Menitip pergerakan ikan-ikan di dalam lautan. Menanti waktu untuk menyambar, mungkin dapat. Mungkin tidak.

Bila kita berdepan dengan kehidupan seharian akan ada dua logika. Betul dan salah.

Evolusi manusia lemah seperti kita (dibandingkan dengan keEsaan-Nya) memang akan, pasti mengharungi kesilapan. Dari kecil kita sudah kencing dalam lampin, padahal ianya perlu dilakukan di lubang tandas. Ada yang cuba memamam Lego, masuk ke mulut dari makan sesual nasi.

Ibubapa kita juga mencorakkan apa yang betul, dan apa yang salah. Dimomokkan bahawa kalau keluar dari pintu akan ada "hantu". Ianya mungkin salah, tapi itu akan membentuk minda logika Betul dan Salah.

Dan, kalau kita berbuat salah - akan ada hukuman.

Merokok di jamban bakal dibuang sekolah.
Kacau anak dara orang dijalan bakal dihambat orang kampung.
Membawa motor dengan laju, bakal disaman.

Itu kalau kesilapan sudah diwartakan satu had.

Apa kata kalau kita menaip SMS, chatting atau email.

Kesilapan kita boleh diolah. Diubah suai. Dihilangkan.

Dan bayangkan kehidupan kita tanpa BACKSPACE....






...berapakah kesilapan/kesalahan boleh dicipta?

Aku silap berkata. Jiwa lain berkata - bangsat.
Aku silap meneka. Jiwa lain meneka - aku puaka.
Aku silap beranggapan. Jiwa lain anggap - sialan.

Minta maaf, dunia. Di sini aku sementara.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...