Ahad, Disember 23, 2012

Apa aku sudah lakukan pada tahun ini?

Banyak!

Sangat banyak!

Terlalu banyak!

Kadangkala aku telah menganggap bahawa tahun ini bukan 365 hari, tapi macam dikali dengan dua. Oh, tuhan!

Tapi cerita kesedihan terlalu banyak juga berlaku...

Kehidupan aku tahun ini banyak bertemu dengan kematian dan perpisahan. Mungkin itu salah satu punca aku jadi jarang menulis. Serius, aku telah buka satu dimensi baru untuk 5 tahun mendatang. Aku cuba lari dari keselesaan hari ini.

Aku seperti mengabaikan cinta. Terhuyung-hayang kesana kemari. Tapi, cuba untuk berdiri - seperti hari ini.

Aku ingin kembali ketika aku berada di bulan Mac 2011.

Hari ini. Aku senyum.

Senyum, sambil tangan kiri di kocek kiri sambil berkata...

"Today, I'm a new man"

PS: Maksudnya, hari ini lebih dari dari semalam.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...