Selasa, Disember 04, 2012

Biarkan tulisan menari, minda merawang.

Hai.
Apa khabar?

Salam perkenalan.

This is totally bullshit.




Aku malas untuk bercerita tentang kerja, sebab ianya terlalu kompleks - kurang mengiurkan, kurang sensasi. Aku mendapati jalan cerita semuanya sama.

Bagaimana kita diherdik oleh bos.
Bagaimana kita dipergunakan.
Perasaan kena tikam belakang.
Ada orang mengata.
Kena tiaw, kena tai-chi, kena tempias.
Dikatakan bawak masalah.

Mana-mana, kalau aku pergi jumpa orang dan orang itu meluahkan perasaan tentang perasaan kerja. Semuanya adalah sama. Dan, aku pernah mengalaminya hampir 4 tahun yang lalu - jadi pekerja buruhan.

Hmmm.

Dan, aku noktahkan sampai disini.

Sebab, aku terasa hambar untuk datang ke tempat kerja.

Semuanya berselindung, berlapik-lapik, berlapis-lapis. Entah apa-apa. Maafkan aku, kadang-kadang aku terlalu pasif negatif yang meminta penjelasan dari persoalan yang jelas dan idea yang ditakrifkan dalam fizikal - bukan abstrak, pada firasat budak seni lukisan.



Dan, pembaca yang masih membaca. Yang masih membuka laman ini.

Aku rasa, aku telah mempunyai penjelasan yang lebih dalam, sukar diteka, kabur, penuh tanda tanya.

Biarlah aku bermain dengan kata-kata, seperti mana aku dengan papan kekunci aku malam ini.
Dan...
Biarkan tulisan yang aku tulis menari di atas paparan hitam, menyerabut minda yang menerawang...

...yang entah ke mana perginya, tanpa siapa tahu apakah tujuannya.




Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Sharina berkata...

Hai.
Apa khabar?
Salam perkenalan.
hehehehhee :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...