Khamis, Ogos 09, 2012

'Target' dan 'Pilihan'.

Fakta dan benar.

Tak ada cerita yang panjang aku mahu tulis sebenarnya, atau aku mahu untuk tidak menulis?

Perkara terbesar berlaku di bulan Ramadhan ini, adalah aku telah menjadi senior engineer, untuk tidak sampai 2 tahun. Itu target aku sebelum aku meletakkan tandatangan pada surat tawaran kerja, tahun lepas. Jadi, aku dah dapat sebelum waktu yang aku jangka.

Everything is doing have their own purpose.

Itu yang belajar dari sensei aku di Jepun.

Setiap hari, kenapa kita naik kereta?
Kenapa berus gigi dahulu apabila bangun tidur?
Apa sebab untuk kita makan?
Apa tujuan kita hidup?

Merancang tujuan hidup sebenarnya adalah peringkat paling kritikal. Dalam hidup aku sendiri, bila aku belek balik dalam sejarah hidup aku, aku mempunyai tujuan. Untuk apa, dan bila. Terima kasih kepada bapa aku sendiri yang mengajar aku ketika sekolah rendah apa maksud 'target', dan terima kasih kepada mak aku sendiri, mengajar aku apa itu 'pilihan'.

1#.Fasa pertama: Target Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
Pertama kali, aku bersidang dengan bapa aku - dalam 5 subjek pengajaran apa pencapaian yang boleh aku capai. Itu kali pertama, aku jumpa perkataan 'target' dan 'peratus'. Alhamdulillah, aku dapat 3A dan itu sudah cukup aku mempunyai pilihan.

#2.Fasa kedua: Pilihan sekolah berasrama.
Pertama kali, aku bersidah dengan mak aku, diikuti nenek aku dan nenek saudara aku. Pilihan sekolah mana aku hendak masuk. Aku ada pilihan pertama, sekolah berasrama penuh. Kedua, sekolah harian tapi tajaan oleh Yayasan Selangor yang berpusat di Klang. Ketiga, sekolah agama asrama harian. Mak aku tiada paksaan. Tapi nenek saudara aku suruh ambil Yayasan Selangor, sebab seleksi sekolah yang ditawarkan mempunyai latar belakang yang sangat baik di Selangor. ACS Klang, La Salle Klang dan banyak lagi. Nenek sendiri pula, menyarankan aku suruh masuk sekolah agama dimana ketika awal abad 2000, sekolah agama bukan satu pilihan yang baik, mentaliti ketika itu - sekolah agama hanya boleh jadi ustaz.

Aku memilih sekolah agama atas sebab, sekolah itu mempunyai tradisi sendiri dan satu lagi punca kuatnya adalah, sekolah itu pernah memiliki pelajar seperti Ustaz Ismail Kamus.

#3.Fasa ketiga: Target selepas tingkatan tiga.
Masa itu, setiap pelajar sekolah agama mempunyai idea yang sama - ingin masuk ke KISAS. Antara sekolah agama yang sangat-sangat feymes di Selangor. Kedua, sekolah agama BESTARI di Subang. Tapi untuk masuk kedua-dua sekolah ini, memerlukan sekurang-kurangnya 8A ke atas, bahasa Arab sudah pasti. Tapi aku ada pilihan ketiga, aku hendak ke MRSM atas sebab aku memerlukan subjek Fizik dan Kimia sebagai teras. Alhamdulillah, tercampak ke sana juga.

#4.Fasa keempat: Antara Perakaunan dan Biologi.
Sebelum masuk ke MRSM, aku belajar sekejap Biologi, dan berkata 'Biology too suck to learn.' Bahasa berbelit, dan banyak sangat benda memeningkan kepala. Lalu, aku memikirkan aku hanya memerlukan Fizik dan Kimia sahaja, yang lain asalkan senang dapat A untuk SPM, adalah tersangat OK. Tujuan aku memilih Perakaunan adalah kerana ianya subjek yang senang untuk dapat A, bukan sebab aku minat bidang perakaunan.

Disini, ada dua percanggahan antara 'pilihan' dan 'target'. Mana satu perlu diutamakan?
Bagi aku, cipta target dahulu dan bariskan pilihan yang ada, baru kita pilih apa yang boleh dipilih.
Target aku nak senang masuk universiti, tak kisah universiti mana.

#5.Fasa kelima: Matrikulasi.
Sebelum aku masuk matrikulasi, aku memilih matrikulasi yang jauh giler-giler, dengan tujuan aku boleh berjalan jauh. Ketika sekolah menengah aku banyak habiskan di Selatan Semenanjung Malaysia, kali ini aku mencuba nasib di Utara Semenanjung Malaysia. Ditempatkan di Penang, cuma sebulan tapi boleh lah aku dapat jejak kaki ke Kedah dan Penang sekejap je.

#6.Fasa keenam: Negara hendak pergi.
Sebelum aku dapat tawaran JPA, aku dikehendaki memilih negara apa yang hendak pergi dan kos apa aku hendak ceburi. Aku memilih Korea atas 2 sebab:
      (1) Cepat meninggalkan negara ini - ketika itu kos bahasa pelajar Korea hanya 3 bulan dah boleh terbang.
      (2) Ianya Korea - baru sahaja popular selepas kejayaan negara itu masuk World Cup 2002 Separuh Akhir. Lagi satu, Korea. Aku pun tak kenal Korea macam hari ini.

#7. Fasa ketujuh: Bidang kejuruteraan.
Aku banyak bidang kejuruteraan ditawarkan. Tapi aku memilih Mekanikal atas sebab ianya kejuruteraan tradisi dari zaman dahulu kala, bukan seperti bioteknologi atau nuklear atau sebagainya. 2 tahun aku terjerumus untuk diploma.

#8. Fasa ketujuh: Universiti mana untuk tahun terakhir di Korea.
Aku mempunyai banyak pilihan untuk universiti mana boleh aku masuk. Antaranya:
1.Korea Univesity : Univesiti popular, senang dapat kerja, banyak subjek diajar dalam bahasa Inggeris dan berpusat di Seoul. Maksudnya, segalanya mudah.
2.Hanyang University: Universiti popular dikalangan pelajar kejuruteraan, dikenali sebagai MIT Asia, berpusat di Seoul, senang dapat kerja kalau berkaitan dengan kejuruteraan dan alumni yang begitu kuat.
4.Yonsei University: Baru buka, 3 top university di Korea, sama taraf dengan Korea University, senang dapat kerja, alumni yang kuat, berpusat di Seoul dan dikelilingi suasana kampus yang menarik.
5.Inha University: Luar Seoul, dapat elaun belajar selain dari JPA, kawasan tenang dari kesibukan bandar.
6.Ulsan University: Luar Seoul, jauh pedalaman. Kejuruteraan Automotif adalah kemegahan disamping Kejuruteraan Naval Architecture, kawasan yang tenang, berbukit dan berhampiran pantai, ditaja oleh Hyundai dan mempunyai latar belakang sukan yang kuat (stadium World Cup sebelah je).

Aku pilih Ulsan University atas sebab jauh dari orang Malaysia dan jauh pedalaman. Kerana hendak mempelajari budaya Korea lebih mendalam. Mak aku geleng kepala, kenapa aku pilih universiti itu.

Aku mempunyai target 5 tahun: Aku ingin menjadi jurutera.

#9.Fasa kelapan: Kerja di Korea atau di Malaysia?
Aku mempunyai pengalaman kerja di Korea hampir 4 bulan (tambah tolak). Jadi aku memilih kerja di Malaysia yang lebih lepak dan santai sedikit. Lagi satu, aku dah lama sangat tinggalkan halaman rumah.

#10.Fasa kesembilan: Kerja mana?
Aku dapat tawaran kerja syarikat kecil, syarikat Korea dan syarikat besar. Aku memilih kerja sekarang, atas sebab aku nak kembangkan skil kerja aku. Tempat kerja sekarang, umpama sekolah yang penuh dengan kerja sekolah. Memang banyak kerja, aku bersabar untuk itu. Gaji pun, kalau aku cerita bukan boleh dibanggakan pun. Boleh untuk menampung kadar kemiskinan bandar.







Aku rasa setiap orang berdepan dengan pilihan dan target masing-masing dalam hidup sendiri.

Azam aku tahun lepas, adalah 5 tahun perancangan: Simpanan RM500K ketika umur 30. Mampu ke tidak, aku merancang.







[Sebenarnya, aku tak sihat. Dibawah pengaruh dadah berlebihan.]

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Anna berkata...

tibe2 terasa kosong..

Kobe Bryant berkata...

Respek sama lu laa bro...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...