Jumaat, Ogos 03, 2012

Hurm, ubat parut?

Adik perempuan aku mengakui, dia sudah jumpa 'crush' dia.


Sekarang dalam alat kosmetik dia, ada krim yang popular. Krim untuk menghilangkan parut. Aku tak tahu apa bagusnya, krim itu sehinggalah di beritahu - kalau pakai secara berkala boleh hilangkan parut tang tu, parut itu, parut ini.

Aku cuba pakai, sebab tengok dia semacam syok menyapu krim menghilangkan parut.



Aku tanya balik, "Bagusnya ada krim ini, ada parut bedah boleh hilang. Alangkah bagusnya kalau ada ubat boleh hilangkan parut hati."

Adik aku mencebis.

"Kau mana ada perasaan!"



Ouh, yeah.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

kinOtitO berkata...

hahhaa...
obses btOl jiha ngan krim tue..
eh! ko ada prasaan kew abg adib?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...