Ahad, Julai 15, 2012

Teori ikan duyung.

Ikan duyung sebenarnya tidak wujud langsung. Ia hanyalah gambaran oleh kelasi dan pelaut yang pergi merantau jauh. Dengan kata lain, pelaut yang sangapkan perempuan.

Mereka mungkin melihat ikan lumba-lumba, atau ikan dugung (dulu pernah kecoh bahawa ikan dugung nama Atan adalah jelmaan ikan duyung, siap masuk ruang utama surat khabar lagi). Bila dah sangapkan perempuan, ikan lumba-lumba, misalannya, akan berubah mirip kepada wanita.

Kadar lelaki mempunyai imiginasi terhadap wanita mungkin berbeza melalui hormon testoterone mereka.

Konsep/teori ini telah dipakai secara global, dalam hubungan manusia sekalipun:



Misalannya, ada seorang perempuan yang sangat baik rupanya, iras-iras artis melayu tempatan. Masuk ke satu kawasan, dan secara drastik menggunakan skala masa - ramai akan tertarik kepada perempuan itu. Memuji kecantikan perempuan itu, tapi sikap dia, perbuatan dia akan menjadi nombor dua. Tapi, telah dilabel 'Sangat OK, sesuai untuk keluar bersama'.

Kadar perubahan dari mirip ikan kepada ikan duyung: 360km/j (maksima)

Didatangi pula, seorang perempuan yang biasa sahaja, atau mungkin buruk, atau secara kasarnya, memang tak ada nilai komersial datang. Lelaki-lelaki disitu mungkin, macam nampak tak nampak je kelibat perempuan ini dalam lingkungan kawasan itu. Tapi, perempuan ini sangatlah baik. Contohnya, tanya khabar, tolong pesankan makanan, cuba ceriakan keadaan, buatkan air kopi ke. Lama-lama kelamaan, aura tarikan terhadap perempuan ini bertambah dari golongan lelaki itu.

Kadar perubah dari mirip ikan kepada ikan duyung: 15km/j (perlahan)





Secara realistiknya, dalam hubungan kita dapat lihat melalui ayat-ayat yang dikeluarkan lelaki:

1#. "U masuk je, I rasa dah terpikat dengan U." - Kadar teori ikan duyung yang pantas.
2#. "Lama-lama I kenal U, I rasa minat la dengan U. I selesa dengan U." - Kadar teori ikan duyung yang lambat.


Ia juga diaplikasikan pada bantal busuk, semakin lama kita peluk, semakin sayang kita nak buang.

Kan, kan, kan?

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

Nadia berkata...

Pasal bantal busuk tu...hehehe ako stujuk ngan ko...hehehe..^___^..

asma langit berkata...

Betul3! >_<

azeyra berkata...

...hurm,teori ikan duyung.....interesting....Salam Ramadhan yang akan datang....=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...