Selasa, Julai 10, 2012

Sayonara!

Aku memang suka keadaan di lapangan terbang.

 Dari situ aku berangan-angan nak pergi berjalan-jalan ke luar negara. Ya, impian termakbul belajar di luar negara, bekerja di luar negara, melancong di negara orang, lihat negara orang. Sehingga sekarang, aku pergi luar negara masih belum menggunakan duit sendiri.

 Kenapa ruang berlepas (departure) dan ruang tiba (arrival) diasingkan?
 Untuk mengelakkan dua jiwa, sedih meninggalkan seseorang dan gembira berjumpa seseorang tidak bertemu.

Terima kasih kepada orang yang hantar aku ke lapangan terbang malam ini.
Terima kasih kepada orang yang bagi peluang aku pergi Jepun sekali lagi.
Terima kasih kepada orang yang ucap selamat jalan kepada aku 2 hari lepas.
Terima kasih kepada orang yang memberi tunjuk ajar, sebab aku pergi kali ini tanpa ditemani orang berbahasa Jepun.
Terima kasih kepada sesiapa yang ingatkan aku, supaya ingat pada Tuhan.
Terima kasih, terima kasih kerana kau masih ada, walaupun bukan untuk malam ini.


Terima kasih, semua.
[Lagu belakang tabir: Terima kasih - The Official]
Giler, emosional tahap cipan belangkas


Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

liahasmira berkata...

wei pegi jepun? buat apa? tk habaq pun.. tak sempat nak byebye sobsbobsobosbsbosbosob

nil berkata...

we want postcard! ^_______________^

mee goreng sotong berkata...

same2 (^^)y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...