Isnin, Julai 16, 2012

Cinta itu umpama berdiri berada dalam bangunan.

Aku pun tak faham maksudnya.

Sukar, memang sukar untuk jiwa batu.



Perasaan berdiri dalam bangunan?

Aku rasa tenteram, sebab tak kena hujan. Kalau ada dek ribut pun, tak adalah kena tempias mana. Itu kot? Antara perkara aku paling benci, adalah perpisahan termasuklah cerai, meninggal, tertinggal dan 'bye-bye'. Lagi-lagi, kalau kita rasa dia adalah inspirasi dalam kehidupan kita.

Banyak benda dalam dunia ini, aku buat dengan keyakinan. Kalau aku percayakan sesuatu akan berlaku, pasti akan berlaku. Itu maksud aku.

Sebab itu, aku yakin pada masa depan.

One thing you know about the future, is you do not know a single thing at all.

Keyakinan aku, kadangkala diragui. Tapi itu keyakinan aku, dan berubah kepada harapan yang tinggi.

Misalan, pada saat ini. Aku percaya bahawa entri ini dibaca oleh kamu, dalam kesibukan kamu, dalam kehidupan kamu. Aku juga percaya, suatu hari nanti, aku mampu berubah menjadi lebih baik dan sangat baik. Aku juga percaya, bahawa masih ada esok untuk aku.

Sebab itu, kematian menjadi sumber inspirasi kehidupan.

Tahun ini, atuk telah tiada.
Dan sesiapa lagi yang bakal menyusul.
Aku dan kamu.

Aku benci perpisahan, sebab perpisahan akan wujud nilai rindu. Dan rindu adalah sesuatu yang menyeksakan.

Mungkin itu maksud cinta umpama berdiri dalam bangunan?

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

a.s.m.a berkata...

so bukan cinta la ye namanya kalau x rasa tenteram..rasa terancam sbb takut dgn perpisahan hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...