Rabu, Julai 25, 2012

Aku tak peduli.

Preng, preng....preng.

Memakir motor 14 meter dari pintu masjid. 

Duduk atas pangkin motor, kerusinya sudah rosak. Tunggangan bapa aku ketika zaman muda, menaiki motor ke tempat kerja. Sudah jadi kenderaan rutin untuk ke kedai runcit membeli kelapa muda atau ke masjid belakang rumah.

"Hoi, Adib!"

Aku toleh, kanan. Tiada.
Aku toleh, kiri. Tiada.

"Dari mana suara itu datang?" desis hati berbicara.

"Hoi!"

Sapaan lembaga berbaju melayu merah dari belakang. Belakang rupanya.

"Lama giler tak jumpa kau. Kerja mana?"

"Panasonic."

"Belikan aku penghawa dingin dengan kipas. Boleh?"





Adakah muka aku seperti penjual penghawa dingin dan kipas angin?
Atau, penjenamaan barangan elektronik di Malaysia penuh kedoktrinan barangan dari Jepun?

Hurm. Maaf, aku tak jual penghawa dingin. Tapi aku ada keistimewaan untuk memilikinya dengan harga yang murah sedikit dari pasaran.

Rakan yang tegur aku, adalah rakan yang meredah pagi-pagi buta, lalu celahan rumah orang - tumpang cikgu subjek Sejarah masa di Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Sungai Bertih, Jalan Tepi Sungai, Klang..


Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Gee berkata...

keje panasonic juga? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...