Rabu, Jun 27, 2012

Kesilapan besar.

Hurm, hurm, hurm, hurm.

Dungu menatap kipas angin.

Kesilapan besar bila berada dalam sebuah kompeni yang besar adalah kita terlalu cepat berevoulusi. Terlalu cepat tahu sesuatu benda, terlalu cepat menangani satu masalah. Ini semua kerana terlalu cepat.

Hari ini, aku baca pamplet Kounso: Touch the Spirit of Of Founder.

Apabila kita berpegang pada fakta, bermakna kita berpegang pada suatu sejarah secara konkrit. Ada manusia yang sukar hendak lari dari paksi sejarah. Mahu kata, "Kita jangan lakukan, kerana sejarah sudah menyaksikan."

Dungu, sekali lagi.

Sejarah sebagai tatapan, bukan hakiki.

Aku tatap gambar aku di Jepun, rumah pengasas Panasonic.

Rumah sebenarnya adalah kawasan yang penuh kedamaian. Untuk waktu sekarang, aku tiada rumah yang bernama nama aku sendiri. Aku cuma ada sebuah katil dan bantal, bila pulang ke rumah - disitu aku rehat, cas tenaga untuk keesokan hari. Ya, aku berazam untuk memiliki rumah sendiri, yang aku design sendiri. Mampu?

Rumah yang idamkan adalah ada ruang yang besar di depan rumah. Boleh letak sekurangnya enam biji kereta. Ruang itu juga mampu mendirikan 5 khemah kenduri kahwin yang mempunyai kipas angin yang besar.

Aku akan wujudkan satu bilik yang penuh dengan buku ilmiah aku yang kumpul dari zaman remaja aku. Aku gembira dikelilingi buku.

Ada satu bilik untuk tengok home theater. Bilik besar untuk kenduri tahlil, solat jamaah, atau apa-apa majlis. Konsep dapur aku sukakan kaler hitam dan putih. Aku amat selesa masak dalam keadaan dapur itu hitam dan putih. Lantai aku cuba pakai marble hitam yang bersinar, sinki kaler hitam tapi ruang kabinet dikalerkan putih. Bahagian yang basah, aku akan pakai stainless steel.

Saiz dapur kena besar - sebab dapur adalah sumber tenaga kepada isi rumah.













Ah, mengarut sekali lagi.

Aku lipatkan pamplet itu, dan buang ke tong sampah.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku suka rumah yang memiliki lantai bewarna hitam...serius cool!

a.s.m.a berkata...

berangan itu tak salah ,
malah ia perlu !!

jadi tak salah berangan ,
moga tercapai angan2 rumah impian tu ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...