Khamis, Jun 28, 2012

Inspirasi, sudah hilang maka perlukah mencari yang baru?

Kawan, aku boleh cari dalam masa seminit.
Tapi, sahabat, aku boleh jumpa dalam masa sepuluh tahun.

Mungkin.

Mungkin kita selalu melihat drama, dan kita berharap watak itu adalah kita. Si hensem, si bergaya, si kacak bersama si cantik itu aku yang punya. Itu hanyalah picisan drama.

Misalan 2 minggu lepas, sedang aku terbaring melamun melayari dunia tanpa sempadan (katanya, tapi porno telah disekat pulak), ada satu panggilan - nama lama, nombor lama, bertahun tidak ketemu. Kali terakhir pun, hanya bicara mengenai impian dan permulaan kehidupan.

Detik ini, panggilan dari dia...

Suara lembut.

"Dib, kat mana ni? Nak bagi kad kahwin ni ha. Hari tu kan dah cakap nak jemput kamu. Bila boleh jumpa, sebelum nak kenduri ni?"

Aku terkesima, "Dah nak kahwin dah?"

Aku bagi jawapan, "Esok, cuba cari masa jumpa, okay?"

Dan bila waktu tiba, aku pula tidak kesempatan.

Lalu aku khabarkan pada dia, melalui telefon.

"Rumah kamu, rumah yang lama dulu tu kan? Hujung jalan tu kan? Rasa ingat lagi kot jalan ke rumah itu. Nanti datang sana, tak berpasangan, datang keseorangan, okay?"

"Ok ke Dib? Memang beria-ia nak bagi kamu kad kahwin ni. Dulu kamu mintak, kan?"





















Aku datang ke majlis itu, seorang diri, ketika aku demam, ketika aku selsema. Aku salam bapa dia, salam abang dia. Jumpa ibu dia. Aku telefon dia, tanya kat mana, kata dia sedang di make-up, kan oleh mak andam.

Bila rakan-rakan lain datang, semua sudah datang dengan pasangan sendiri. 

Aku ambil sebalang kerepek ubi depan mata. Aku buka penutup balang, dan ambil seketul. Lepas itu aku berkata dengan nada gembira.

"Jangan tanya, bila aku nak datang berdua. Yang penting masa kenduri aku, korang datang bertiga, okay? Deal?"

Sepanjang hari itu, aku menjadi topik perbualan hangat.

Membincangkan kenapa setiap kenduri, aku hanya datang seorang diri. Atau bertemankan lelaki.

(Bersambung)

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cool.. boleh aku tiru ayat ko yg ni tak? hahaha.. jgn tanya bila aku berdua... janji time aku kawin ko datang bertiga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...