Rabu, Mei 09, 2012

Penulisan entri semakin pendek.

Untuk menghasilkan sesuatu entri, aku tak memerlukan draf yang panjang berjela. Macam penulisan karangan budak SPM kena ada rangka karangan. Aku hanya memerlukan sepasang tangan kurniaan Tuhan dan papan kekunci qwerty, dan secawan kopi (kadangkala) untuk proses stimulasi otak - merangsang idea-idea gampang yang pernah dahulukala mencuit hati.

Itu dulu...

Sekarang aku berada dalam fasa kehidupan, yang aku percaya terlalu REALITI dan terlalu BRUTAL. Ada kes  pelajar sekolah belasah cikgu, merogol anak murid dan macam-macam lagi. 

Aku memberi definisi kehidupan sekarang terlalu sempit dengan idea bernas. Tujuan kehidupan (kalau tanpa ilmu tauhid yang mendalam), hanya mengisarkan bagaimana untuk lebih survival dalam menjalani kehidupan seharian. Misalan.

Hari ini, seorang lelaki bekerja dari awal bulan ke hujung bulan semata-mata untuk menampung kehidupannya.

Membayar Astro. Contoh.
Membayar ansuran kereta. Contoh.
Membayar parkir kereta. Contoh.
Membayar tol lebuhraya. Contoh.
Makan. Contoh.
Wayang. Contoh.

Aku banyak menghabiskan masa dengan orang begini, 

Living a day by paycheck. Paycheck to paycheck.

Adakalanya merungut, bila tak sampai sebulan amaun dalam bank, menjadi sikit. Mati akal kerana mampukah survival manusia berdasarkan digit amaun pada kad plastik (kad bank).

Aku memandang, bila mula bekerja, kita adalah jiwa yang mati, umpama zombie. Mengerah tenaga untuk mencari darah. 

(Sarkastik, bukan?)











Ok, entri aku semakin panjang bila aku sudah mandi. Muka bengkak kena bola sepak. Bertuala menulis blog, agak seksi tapi mungkin geli. Sebab kolestrol pada abdomen perut tak menampakkan ketulan enam lagi. Itu perasaan agak syet.

Semakin hari entri di Dandelinoid, semakin pendek.

Sesuai dengan manusia....

Blog ini, kaitan dengan kehidupan aku. Umur aku.

Umur aku semakin pendek, jadi berbaloilah entri blog ini semakin pendek.

Logikanya begitu.



Sebenarnya, jiwa dan perasaan aku amat rumit. Biasalah, aku lelaki. Dan memerlukan teman hidup yang lebih serius. Apa boleh buat sekarang, adalah berharap dan berusaha.

Bak kata, jatuh bangun lelaki tak akan jadi lelaki yang hina dina. Kerana lelaki itu telah mempunyai harapan yang tinggi.

Perghhhh...puitis macam lahanat.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehe...senyum tak perlu kata apa2 ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...